Qistina merenung bumbung rumahnya.hujan yang mencurah-curah turun membingitkan telinga bila menghentam rumahnya yang masih beratapkan zink.Tadi,habis basah lantai papannya di dapur, ada atap yang bocor.sudah kerap kali berlaku,tapi masih begitu.tidak mampu mengupah orang untuk membaikinya.Kalaulah arwah ayah masih ada pastinya tidak begini keadaan mereka sekeluarga.Hanya hisyam yang diharapkan untuk membantu mereka sekeluarga.tapi apalah dayanya,gaji sebagai kerani di pejabat felcra berapa sangatlah yang mampu di sumbangkan untuk keluarga.Dia sendiri pula hanya terhenti setakat tingkatan 6.Keputusan STPM yang baru diumumkan beberapa bulan yang lepas langsung tidak mengujakan dirinya.Tidak seperti teman-teman lain yang bersorak-sorai meraikan kecemerlangan masing-masing.Bukan kerana keputusannya tidak bagus,malah cukup bagus untuk memohon ke universiti,tapi keadaan kewangan keluarganya tidak mengizinkan dia untuk meneruskan cita-citanya.Memanglah dia boleh memohon biasiswa atau pinjaman pendidikan,tapi itu hanya cukup-cukup untuk membiayai pelajarannya sahaja.Bagaimana pula dengan emak dan 3 orang lagi adiknya yang masih bersekolah.Tidak sanggup rasanya dia hendak membiarkan emaknya berhempas pulas seorang di kampung.
‘kalaulah aku mampu untuk belajar lagi,kan bagus.dapatlah menjawat jawatan yang lebih tinggi,dapat membantu emak.Tak usahlah emak bersengkang mata hingga ke pagi mengambil upah menjahit,kemudian bangun pula di dinihari untuk memasak nasi lemak.belum nampak tanah lagi,aku mengayuh basikal menghala ke kedai kak milah untuk menghantar nasi lemak.Sudah 3 tahun arwah ayah pergi kepangkuanNya,dan sejak dari itu kehidupan kami sekeluarga makin terhimpit.adik-adik pula masih bersekolah.Aisya di tingkatan 5,Mirdah di tingkatan 1,hakim pula baru menginjak ke darjah lima’.
Qistina tersedar bila terdengar bunyi bising dari dapur.pasti emak sudah bangun untuk memasak.Pantas dia bangkit dari pembaringan.di regangkan kedua–dua belah tangan,sambil menggeliat.Tuala kecil yang tergantung di ampaian besi di sisi katil dicapainya.
“Erm…Awal mak bangun,banyak ke mak nak masak hari ni??”soal qistina sambil melenggang malas ke bilik air untuk membasuh muka.
“ macam biasalah ngah,tapi mak buat karipap hari ni.Cikgu Diana yang tempah.ada mesyuarat dekat sekolah katanya.”
Qistina hanya mengangguk mendengar butir bicara ibu kesayangannya itu.Tanpa membuang masa dia mula membantu emaknya menumis sambal nasi lemak dan menggoreng kacang tanah.Emaknya pula sibuk membungkus.begitula rutin harian dua beranak itu di waktu dinihari.
“Mak..sampai bila lah agaknya kita nak hidup susah macam ni ye.Qis ni,dah besar panjang pun masih menyusahkan mak,tak dapat tolong mak pun”gumam qistina perlahan sambil mengelap daun-daun pisang yang digunakan untuk membungkus nasi lemak.
Fatimah menoleh ke arah anak gadisnya itu.tajam sekali renungannya.
“Apa yang kau merepek ni qis,kau tu anak mak.Selama hari ni,banyak benar kau tolong mak tiap-tiap hari.soal susah atau senang..itu semua ujian.jangan sesekali mengeluh,mempertikaikan kehendakNya.Yang penting qis..kita sebagai hambanya,tidak berputus asa dan sentiasa berusaha.redha..dan banyakkan bersabar.insyaallah…allah akan mendengar doa kita nak..”
“yelah mak…qis faham.Takpelah,kita bersusah-susah dahulu.manalah tau suatu hari,kita akan berjaya.jadi kaya..betul tak mak? Nanti…kita bukak restoran,jual nasi lemak.Tak pun..bukak butik…Cik Fatimah Butik”ujar qistina sambil tersengih dia memandang emaknya
“ishh..budak ni.Kalau bab berangan..memang bagi kat dialah”
“Bukan beranganlah mak..tapi impian.Dari impian barulah jadi kenyataan.Mak ni..cakap qis berangan pulak.sepatutnya…mak doakan anak mak ni tau.Barulah boleh cepat-cepat qis bukak Cik Fatimah butik tu untuk mak..”balas qistina sambil tergelak.
“yelah kamu tu..Mak tak pernah lupa doakan anak-anak mak.Kamu tu,doakan lah plak untuk diri sendiri.Selalu buat solat hajat..doa dan solat itukan senjata orang mukmin.Tak rugi selalu berdoa,dan bersolat hajat.Jangan bila ada musibah,baru nak ingat tuhan.Sudah la tu qis,pergi ambil wuduk solat subuh,dah pukul berapa ni.kejap lagi budak-budak tu bangun..berebut pulak nak mandi”
“erm..yelah mak..qis pergi mandi,solat subuh kejap”
Fatimah hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat anaknya itu.Qistina anaknya yang baik,pandai,malah tidak keterlaluan rasanya kalau mengatakan anaknya itu cantik.Besar jiwanya,tinggi cita-citanya.Tapi dia tidak mampu untuk membantu anaknya untuk terus menapak mengejar impiannya.Hanya doa yang selalu diiringkan buat qistina dan anak-anaknya yang lain.Walaupun tidak sesenang mana,namun dia tetap bersyukur..setakat hari ini,tidak pernah anak-anaknya tidak makan.Tidak pernah dia meminta-minta pada orang lain..malah anak-anaknya juga anak yang mengikut kata.Pandai dalam pelajaran di sekolah,tidak membuat onar,dan mereka semualah syurga dunia buat dirinya selepas kehilangan suami tercinta beberapa tahun lepas.
BAB 1
Hadri membelek-belek kertas projek yang akan dibentangkannya sekejap lagi.Muka nya begitu serius meneliti segala maklumat yang ada.dia tidak mahu projek tersebut gagal dan tidak mendapat sokongan daripada pelabur.deringan telefon bimbit mematikan tangannya. ‘Hello..ye mama.ada apa?’tanya nya malas.tiada apa yang penting biasanya jika mama yang menelefon.
“hadri buat apa hari ni.balik rumah awal sket ye.kita ada tetamu hari ni,kawan mama.datin rokiah..Anaknya Linda baru je pulang dari luar Negara.mama ajak diaorang sekeluarga datang makan malam..”.
Hadri mengeluh.Mama ni dah tak ada kerja lain agaknya.Anak orang lain yang balik dari luar negara,mamanya pulak sibuk nak buat makan-makan.erm…dia dah agak dah apa yang ada di benak mamanya.tak habis-habis nak memadankannya dengan anak-anak kawannya.linda lah,tirahlah,mimilah…bukan tak cantik,cantik.tapi terlalu sosial dan seksi.cukup tak berkenan dia rasakan.mantanancenya tinggi pulak tu.Semua barang hendak yang branded saja,maklumlah anak datuk.anak tan sri.semuanya berlagak dengan harta masing-masing.tak larat rasanya mahu melayan kerenah mereka.tapi..ada juga yang baik budi pekerti,lemah lembut,serta memahami..malangnya,dia yang tidak mampu untuk menerima kehadiran mereka.
‘erm…hadri ada hal la mama malam ni.dinner dengan client.takpe,mama layanla kawan mama tu ye.kirim salam kat untie rokiah dengan linda.hadri betul-betul tak boleh,client penting ni ma..’
Datin Maiza menarik muncung,bukan dia tak tahu alasan anaknya yang satu itu.susah benar nak di padankan.entah apa yang tak kena dengan calon-calon pilihannya.nak kata hodoh,lawa.nak kata tak pandai,belajar sampai ke luar Negara,tak berharta? tak habis agaknya tujuh keturunan.apalagi yang di cari?geram betul dia mengenangkan sikap nik amirul hadri ni.
‘Assalamualaikum…..akak..akim balik ni…’laung halim di pintu dapur sambil menanggalkan kasut sekolahnya.Dia sudah tahu,kalau tengahari macam ni..memang kakaknya sibuk di dapur.
“waalaikumussalam…”jawab qistina perlahan.tangannya sibuk mengacau sambal di dalam kuali.Hendak di buat pajeri terung.Namun sempat lagi matanya melingas,memerhatikan langkah adiknya yang lesu.penat barangkali mengayuh basikal.
Hakim menghampiri meja makan.Beg sekolahnya di letakkan perlahan di atas kerusi.Air sirap merah di dalam jag di tuang,dan di hirupnya rakus.Menghilangkan dahaga.
“Akak masak ape hari ni..akim lapar dah ni kak.tengahari tadi makan mihun goreng aje kat kantin..”
“la…yang kau makan mihun aje kenapa.makan lah nasi..duit tk cukup ke??”soalnya pantas.Tidak senang hatinya mendengar rungutan si adik yang kelaparan.Bukan dia tidak tahu,si akim lah yang paling susah hendak di suruh makan.badannya pun kurus saje.Selalu dia mengusik adiknya dengan mengatakan tulang rangkanya yang nampak jelas itu,boleh di buat gitar.
“memanglah cukup duit mak bagi kat akim..tapi tadi ada hal sikit.akim bertugas dekat perpustakaan.ramai pulak budak yang hendak pinjam buku.tu yang lambat sikit akim ke kantin.Tengok-tengok makanan pun dah habis,itu ajelah yang ada.mihun pun mihun la kak…’ujarnya sambil tersengih.makin lebar sengihannya bila membuka tudung saji.
“wa…akak masak sedap la hari ni..asam pedas ikan sembilang..favourite akim ni..sambal belacan dengan pucuk ubi pun ada.akak..akim nak makan..”
Qistina hanya tersenyum melihat keletah adik bongsunya itu.Akim memang begitu.Ada saja keletahnya yang menghiburkan.Walaupun sudah berada di darjah 5,tetapi perangainya masih begitu.masih manja,mengada-ngada.Ah…akim memang buah hati maknya,pengarang jantung arwah ayah..Yelah,anak lelaki bongsu.Semasa arwah masih hidup,memang akimlah yang rajin menemankan arwah.kemana saje..berkepit mereka dua beranak.ke kedai,ke kebun,surau..waima ke tempat kenduri arwah ataupun sembahyang hajat pun adiknya rajin mengikut.semasa arwah ayah meninggal akim baru berumur 8 tahun.Adiknya itu di lihatnya biasa sahaja.dia tidak menangis…hanya melihat sahaja.Ah,budak-budak..apalah yang dia tahu erti kehilangan.Tapi qistina tau adiknya faham yang ayah mereka sudah tiada lagi.Dia tidak pernah bertanyakan apa-apa selepas itu.Kasihan adiknya,sekejap Cuma dapat merasakan kasih sayang ayah.
“Erm..yelah..akak taulah kau lapar akim oiii…tapi,akak nak adik akak ni…angkut beg tu masuk bilik dulu.tukar baju.baru makan…cepat.kita makan sama-sama dengan mak.Kejap lagi mak balik lah tu.”
“mak ke mana kak…??”
“Ke rumah kak sah.Hantarkan baju yang dia tempah..”
Akim dilihatnya menganggukkan kepala,tanda memahami.dengan pantas dia memanjat tangga untuk kebahagian atas rumah.
Qistina termenung sejenak di penjuru katil.Terngiang-ngiang lagi suara kak milah dengan mak jah petang tadi..Terasa sakit,pedih ulu hatinya.geram pun ada…ikutkan hati,rasa nak di tenyeh-tenyehnya mulut mereka berdua dengan cili padi.Suka-suka hati aje nak kutuk aku,nak mengata mak aku,kat depan-depan muka aku ni.melampau betul!
“hai qistina...menyapu ke..’sapa kak milah yang entah dari mana datang melenggang dengan mak jah.
“haah kak milah,mak jah..sapu daun-daun kering ni je..banyak pulak kat depan rumah ni.Dari mana ni ?”tanya qistina berbahasa.Dia bukan biasa sangat dengan kak milah,dengan mak jah tu.Malah,satu kampung tahu macam mana perangai mereka yang suka mengumpat,dan menjaja hal orang.
“hmm…aku dengan kak milah kamu ni dari rumah mak cik yam..tengok menantunya yang baru bersalin.Mak kamu mana qis??ke kebun ke dia??’sela mak jah pula.
“Eh..mak ada kat dalam.Baru balik dari kebun sekejap tadi.Emm..nanti sekejap ye mak jah,qis panggilkan mak”ujar qistina berura-ura hendak memanggil emaknya.
Namun Qistina hairan pula bila melihat mereka berdua yang saling jelling menjeling.Kenapa pula?
“err..tak payah lah qis.kami pun dah nak balik ni.Biarlah mak kau tu..eh,ni akak nak tanya kau ni…kau dh tak nak sambung belajar ke?soal kak milah beria.
“Entahlah kak..nak juga.tapi sekarang tak boleh la kak..Qis kena tolong mak,adik-adik dulu..belajar ni pakai duit kak milah,mana nak cekau..nanti kalau ada rezeki,qis sambunglah.”
“ehh..abang kamu kan dah bekerja.takkan tak boleh tolong..hmm’
‘memanglah..abang pun ada jugak tolong mak.tapi kesian lah kat abang nak kena tanggung qis belajar.gaji dia berapa lah sangat..”
“Hmmm..kalau macam tu..ape susah qis..suruhlah mak kamu tu carikan ayah baru untuk korang adik beradik…tak payahlah kau susah-susah lagi”ujar mak jah selamba,siap boleh tersenyum-senyum lagi dengan kak milah.
Berdesing telinga qistina mendengar kata-kata mak jah yang di rasakannya tidak wajar langsung.bergurau ke apa orang tua ni…
“Hisshh..mak jah ni..ada pulak cakap macam tu..’jawab qistina,masih mampu mengukir segaris senyum di bibir mungilnya.
“apa pulak,,betul tu qis.Suruh ajelah mak kamu tu cari laki baru.Lagipun,kak milah ni ada dengar jugak orang-orang kampung bercakap..yang mak kamu tu memang teringin nak berlaki lagi.Tiap-tiap hari ke gerai pak leman..menghantar kuih,hantar nasi lemak..tapi yelah,apa orang kata..sambil menyelam..sambil minum air.Kat gerai pak leman kau tu kan ramai orang-orang jantan yang selalu duduk minum kopi kat situ..’
“Haah..pilih aje yang mana berkenan..kalau tak dapat duda,laki orang pun takpe..apa salahnya..”tambah mak jah pula.
Telinga qisitna sudah merah menahan marah.Terasa menyirap darahnya ke muka..dia bukan budak bodoh untuk tidak memahami apa yan cuba di sampaikan oleh kak milah dan mak jah.Namun dia tidak mahu berkurang ajar dengan orang tua.kalau ikutkan hati,nak sahaja dia lempang muka mereka berdua.
“Ntahlah kak milah,mak jah…setakat ni hidup kami sekeluarga masih bahagia.walaupun ayah dah takde..tapi mak masih mampu jaga kami.Tak perlulah ada ayah baru..mak pun tk mungkin cari pengganti arwah ayah…qis tahu..’
“ahh..kau budak lagi qis..apelah kau tahu qis..mak kau tu muda lagi kalau nak di ikutkan.baru 44tahun kan kalau tak silap mak jah.apelah salahnya..mestilah dia nak ada orang yang dapat jaga dia..belai dia..”
“Orang cantik la katakan mak jah….”ujar kak milah pula.
“mak tak macam tu mak jah..kak milah.qis tau mak macam mana”balas qistina tidak mahu kalah.dia mesti mempertahankan emaknya.
“eii..kau ni,aku cakap bukan kau nak dengar,kau tu manalah tau..mak kau tu dh merenyam sangat nak berlaki..satu kampung dah heboh..”
“mak jah!!!”tempik qistina.Sakit hatinya bukan kepalang.
“qis tahu,qis kenal siapa mak qis.tak perlu mak jah..kah milah nak cakap apa-apa!!”ujarnya tegas.Penyapu lidi di tangan,dihempasnya ke tanah.Berlari dia masuk ke rumah.
Qistina memberi salam.dadanya berdegup kencang menahan gementar,tidak pernah dia menjejakkan kaki ke banglo sebesar itu. ‘assalamualaikum…assalamualaikum…..’.tidak lama selepas itu terdengar salamnya dibalas.Kelihatan seorang wanita separuh abad datang kearahnya. ‘Ye nak….cari siapa ye”
Qistina tersenyum. ‘mak cik…saya Qistina.boleh saya berjumpa tuan rumah ni?Saya datang nak minta kerja.pagi tadi saya ada menelefon,puan suruh saya datang petang ni.’
‘ohh…..masukla..silakan.nanti makcik panggil datin.’
Berkerut dahinnya mendengar perkataan tersebut.‘Datin ??”Tetiba menitik peluh di dahinya.gerun seketika.bagaimana agaknya berdepan dengan seorang datin.Baik ke dia,atau berlagak sombong seperti yang selalu ditontonnya di dalam drama-drama swasta.
Datin maize mengorak langkah ke ruang tamu.dipandangnya sekilas gadis yang sedang duduk di sofa.
Qistina menguis-nguis kakinya dipermaidani lembut itu.tebal betul,mesti mahal harganya.kalau di rumahnya,hanya ada tikar getah aje.ada tidak pun tikar mengkuang ajelah buat alas.matanya melilau ke segenap ruang di banglo itu.tidak pernah seumur hidupnya memasuki rumah sebesar itu.kagum betul rasanya,alangkah bagusnya jika dapat memiliki rumah seindah ini.
Datin Maize merenung tajam kearah Qistina.dalam hatinya berkira-kira untuk tidak menerima gadis itu sebagai pembantu rumah.terlalu muda,boleh ke budak ni menjaga rumah ,memasak? entah-entah tidak pernah ke dapur.Silap-silap mak kiah pulak di jadikan babu oleh budak ni.Bukan dia tak tahu anak gadis zaman sekarang,berapa kerat sangatlah yang hendak membuat kerja rumah.Pemalas semuanya..hanya tau bergayut di telefon saja.Paling tidak pun menonton tv.Nak di harap mengemas?erm...haram.Tunggu rayalah agaknya.Namun,sejak seminggu lalu dia mengiklankan di akhbar untuk mencari pembantu rumah,tiada siapa yang datang.kalau begini keadaanya berlarutan,matilah dia hendak menguruskan semuanya.Memang mak kiah ada,tapi takkanlah nak di arah kan orang tua itu kehulu kehilir.tak patutlah.
Qistina gelisah bila di tenung sebegitu rupa.Mak datin ni,tengok aku macam nak telan.teruk sangat ke rupa aku ni.tanpa menunggu lama,dia terus pantas menghulurkan tangan untuk bersalam.
‘Assalamualaikum datin.saya Qistina…yang menelefon datin dua hari lepas.’ujar Qistina sambil tersenyum.Dia selalu memperingati pesanan ibunya.sedekahkanla senyuman untuk sesiapa saja.
Datin maize menjawab salamnya.Namun pandangannya agak sinis. ‘Betul ke awak nak keja di rumah saya ni? awak kan muda lagi.’
‘saya sanggup datin,saya tak kisah.janji pekerjaan yang halal.saya betul-betul perlukan pekerjaan ini datin.
‘Kenapa awak tak bekerja di kilang?jadi kerani ke..bukankah lebih senang,pergaulannya lebih luas.di sini,awak bagaikan terpisah dengan dunia luar.hidup awak hanya di rumah ni.boleh ke,awak tak kisah??’soalnya.Datin maize agak curiga.bukan ramai anak gadis yang mahu bekerja sebagai orang gaji.Entah-entah budak ni lari dari rumah agaknya..
Qistina memberanikan diri untuk berkata-kata. “Saya tahu datin..saya masih muda,banyak yang belum saya pelajari,tapi saya cepat belajar.tolongla..saya perlukan kerja ni untuk membantu keluarga.saya serius mahu bekerja.saya kerja betul-betul dan tak akan hampakan datin.percayalah’
Qistina memang nekad mahu mencuba nasib di rumah itu.Sudah seminggu lebih dia datang ke kuala lumpur.Kehulu-hilir dia mencari kerja tiap-tiap hari..namun masih belum membuahkan hasil.Dia tidak mahu menumpang lama-lama di rumah Adilah,teman sekampungnya itu.Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.Lagipun,apa pula kata teman-teman serumah adilah yang lain kalau di berlama-lama di rumah mereka.Dia memang memerlukan pekerjaan yang mampu menyediakan tempat tinggal untuknya.Asrama pekerja ke sekurang-kurangnya.Hendak menyewa,dia tidak mampu lagi buat masa ini.Mana dia hendak cekau duit hendak bayar wang pendahuluan rumah.Duit yang ada pun cukup-cukup aje..dia perlu berjimat.Ye,sejimat mungkin.dia ke kuala lumpur hendak membantu keluarganya,bukan hendak main-main.
“Awak reti memasak??’
Qistina mengangkat muka.lamunannya terhenti.berkerut sedikit dahinya. ‘Errrmm…boleh datin.Saya selalu tolong mak saya memasak.tapi masakan kampungla.kalau datin mahukan masakan barat,saya tak reti.Tapi takpe datin,saya boleh belajar perlahan-lahan’.
Datin maize mengeluh seketika.macam mana ni,kalau tidak diambil,siapa pula nak membantu mak kiah.Si Liza sudah berhenti bulan lepas.sejak itulah dia terpaksa membantu menguruskan rumah.nak di harapkan mak kiah seorang,apalah daya orang tua itu.Dia sendiri sudah penat,mana nak ke kelab puspanita,nak ke butiknya lagi…begitu juga kedai riasan dandanannya yang sentiasa perlukan perhatiannya.mana boleh di serahkan sahaja kepada pekerja.sebagai majikan,dia perlulah turun padang sama.
‘Ermm…baiklah.apa nama awak?’
“Ain Qistina datin”ujar Qistina perlahan.
“baiklah Qis…mulai hari ni,awak boleh bekerja di rumah ni.awak akan membantu mak kiah.saya tak kisah,awak nak mengemas,nak memasak atau apa.awak tanya pada mak kiah apa yang perlu di lakukan.yang penting,rumah saya ni terurus.Gaji awak,saya berikan dua kali sebulan.boleh?’
Terukir senyuman pada raut wajahnya. ‘Terima kasih datin…terima kasih banyak-banyak.jadi,bila saya boleh mula kerja datin?’
“Sekarang,boleh?mak kiah akan tunjukkan bilik tidur awak.Saya harap awak bekerja betul-betul,jangan sekadar melepaskan batuk di tangga.dan jangan sesekali cuai.Saya tak mahu berlaku sebarang kesilapan.faham!’
Qistina hanya menganggukkan kepalanya berkali-kali.dalam hatinya menarik nafas lega.esok bolehlah dia menelefon ke kampung.Pasti emaknya tidak risau lagi.Dia sudah mendapat kerja.syukur alhamdulillah.
Kelibat datin maize sudah lama meninggalkannya.Hanya mak kiah yang masih berceloteh.memberitahunya itu dan ini.apa yang boleh,dan apa yang pantang di buat di rumah tersebut.
Bulat matanya melihat bilik yang di sediakan buat dirinya.“ Mak kiah,ini bilik Qis ke mak kiah?”
Mak kiah hanya tersenyum. ‘Betullah…ni bilik Qis la.kenapa?tak percaya ke…ingat mak kiah main-main?”
“bukan apa mak kiah.besarnya bilik ni.cantik pulak tu.bilik orang gaji pun secantik ini,bilik empunyanya…tak taulah macamana ye mak kiah.mestilah lagi besar lagi cantik.
“Yelah qis…mestilah.qis kerjalah di rumah ni baik-baik.datuk dan datin baik orangnya,pemurah.dah bertahun-tahun mak kiah bekerja di rumah ni.dah macam rumah mak kiah dh.kalau tak di izinkan lagi mak kiah di sini,tak taula ke mana mak kiah nak membawa diri.’
Qistina menoleh ke arah mak kiah.sebak sekali suaranya. ‘keluarga mak kiah??’
“mak kiah dah takde sesiapa Qis.dulu suami mak kiah askar.dia meninggal ketika bertugas.mak kiah pulak memang takde anak.mungkin dah takde rezeki,mak kiah pun senang hidup begini.keluarga ni pun dah macam keluarga mak kiah juga.’
Sedang bercerita tiba-tiba terdengar teriakan dari luar.terkocoh-kocoh mak kiah keluar menghala ke ruang tamu.
Nik Farina membebel tak berhenti-henti.Katanya sudah lewat untuk ke kolej.sudahlah lambat,kunci kereta pula tidak tahu di mana letaknya.
“Empunya kunci yang meletakkannya merata-rata,kenapa orang lain yang hendak di marah”rungut qistina di dalam hati.dia masih bingung,siapa agaknya gadis itu.anak kepada datinlah agaknya.cantik,bergaya,pakaiannya juga bagus.maklumlah…anak orang berada.’
Qistina memberanikan diri keluar dari dapur. “Cik,boleh saya tolong?”
Nik farina memandangnya pelik. “kau siapa?sejak bila ada kat rumah aku ni?” di pandangnya qistina dari hujung kaki ke hujung kepala.Muka tak payah cakaplah..macam bagus je..
“Saya pembantu rumah baru cik.baru hari ni saya mula bekerja.erm…boleh saya bantu,cik cari apa?”
“hmmm…alang-alang kau ada kat sini,tolong aku cari kunci kereta aku.tak taulah mana hilangnya.aku dah lambat ni”
Qistina terus terbongkok-bongkok,mencari ke sana ke mari.mak kiah juga begitu.Nik farina membentak-bentakkan kakinya.bengang betul lagaknya.Bukannya hendak mencari sama.Dia marah-marah,agaknya kunci tu datang sendiri malayang-layang depan muka dia.
Qistina membongkok bila kakinya terpijak sesuatu.bersinar matanya. ‘Cik,ini kuncinya,ada kat bawah meja ni”
Nik farina mendengus,kemudian meragut kunci itu pantas dari tangan qistina.Lalu berlari-lari keluar.Qistina hanya melongo seperti orang bodoh.
Mak kiah mendekatinya. ‘Jangan amik hati qis,farina memang macam tu.dia panas baran sikit orangnya.
Sudah seminggu dia di rumah itu.banglo tiga tingkat itu terlalu besar buatnya.walaupun Cuma sekadar orang gaji,dia selesa di rumah itu.Datuk murad pula melayaninya dengan baik.Cuma sesekali suara tegas datin maize menggetarkan dadanya.jerit pekik nik farina pula seakan sudah lali di telinganya.qistina tidak kisah,janji dia akan kekal di rumah itu.dia tidak mahu kehilangan pekerjaannya.beberapa hari lepas,datuk murad ada memberikannya sejumlah wang.katanya wang pendahuluan.baik sungguh hati budi majikannya itu.
“Mak kiah..mak kiah..”.Qistina bangun dari kerusi.terbantut niatnya hendak menyiang sayur.Hadri tersentak seketika memandang qistina.qistina juga tergamam melihat lelaki tidak di kenali sudah sampai ke ruang dapurnya.
“awak siapa??”soal qistina kehairanan.
‘mak kiah mana.kau siapa?’soal hadri.
‘saya pembantu baru di rumah ni.mak kiah ke pasar.awak cari siapa?datin dah keluar dari pagi..’
Hadri mendengus,lantas berlari naik keatas.qistina cemas.pisau di tangan masih erat di genggamnya.manalah tau lelaki tadi berniat tidak baik.cepat-cepat dia mengejar hadri.
“awak nak kemana??baik awk keluar sebelum saya panggil polis.” di tahannya hadri.wajahnya berpeluh.termengah-mengah dia menghela nafas.penat dia mendaki tangga mengejar langkah hadri.
Hadri menolak kasar tangannya yang menghalang pintu.
‘tepilah.ini bilik aku,faham.kalau kau nak panggil polis,panggillah.kalau kau nak keluar dari rumah ni lagi bagus.tapi….tolong jangan kacau aku!’tengking hadri kasar.Sudah moodnya tak berapa baik,ada pulak lah manusia yang sengal tetiba datang cari pasal dengan dia.
Terlopong qistina seketika. “alamak….apa aku dah buat ni.matilah aku.macamana ni.aku manalah tau dia siapa.tak pernah aku tengok dia di rumah ni.habislah.mesti dia mengadu kat datin.dan kemudian pasti aku di berhentikan kerja.ya allah…..apa aku dah buat ni.”hatinya libang libu di palu resah.risaunya bukan kepalang.
Hadri masuk ke biliknya.kemudian menghempas pintu sekuat mungkin.Kedengaran suara hadri memakinya dari dalam bilik.
Tersentak qistina.bergenang air matanya menahan sebak.Kalau ya pun aku tersilap,apa salahnya cakap baik-baik.Ini tidak,orang kaya memang begini agaknya lagak diaorang.boleh bercakap,marah dan menengking orang lain sesuka hati.Orang susah sepertinya tidak pernah di ajar begitu.Tapi adil ke aku beranggapan begitu?tidak semua orang kaya tu sombong..malah orang miskin juga ramai yang jenis tak sedar diri.Sesak mindanya mahu berfikir.lantas dia perlahan-lahan turun ke dapur.dia harus memasak.
“erm…lain je nampaknya makan malam kita hari ni.siapa yang masak semua ni?”Tanya datuk murad.kecur air liurnya melihat asam pedas ikan pari,ayam goreng berempah,sambal belacan,ulam pun ada..teringat dia pada masakan ibunya.
‘qis yang sediakan semua ni datuk.cubalah rasa..sedap datuk ’ujar mak kiah sambil tersenyum.
Mak kiah ni..promote lebih-lebih pulak.Dia tak tahu aku ni dah semput,sesak nafas rasanya. seminggu di rumah ni,tak pernah lagi aku memasak.setakat menolong apa yang patut sahaja.tidak tahulah apa rasanya masakan yang di sediakan.mungkin tidak kena dengan selera datuk dan datin.
Datin maize hanya mendiamkan diri.dia makan tanpa banyak kerenah.datuk juga begitu.dan yang paling dia tak sangka,datuk sampai tiga kali bertambah.datin maize juga tidak ketinggalan.tiada apa yang mampu di ucapkan,hanya syukur ke hadrad illahi.Lega rasanya..sedap la kot masakan aku ni.hehehe..perasan betul budak qistina ni.Tidak nampak pula kelibat lelaki siang tadi.ke mana dia?tidak mahu makankah?Rasanya sejak dia masuk ke bilik,langsung tak keluar-keluar.dah pengsan agaknya..atau pun mati kena darah tinggi.yelah agaknya tu.kalau dah asyik mengamuk je..marah tak tentu hala..ya allah..mengarut ajelah aku ni..
Hadri bersandar lemah pada katil.penat benar di rasakannya. ‘aaahhhhhhhhh…….bosan betul kehidupannya.entahlah,seperti tiada apa yang bermakna di dalam hidupnya.keluarga nya tidak seperti dahulu.sekarang,tiada siapa yang ada di rumah.mama,papa,masing-masing sibuk.abangnya Azril,sudah berpindah ke rumah sendiri.kak long,pastilah sibuk dengan keluarganya sendiri.adiknya pula semakin ligat.kemana lagi kalau bukan berpeleseran bersama teman-temannya.dan dia…..seperti keseorangan.sejak kehilangan natasya dua tahun lalu,hidupnya kosong.tiada lagi peransang,pendorong,sahabat,teman,tempat bermanja juga bergaduh,malah kekasih yang di harapkan menjadi suri hidupnya.begitu perit rasanya berdepan dengan kehilangan natasya,namun kalau sudah itu takdirNya,apa lagi yang dapat dia katakan.Hadri tau dia perlu cari pengganti.namun hatinya tidak pernah terbuka untuk itu.tiada gadis setanding natasya.
‘siapa pula perempuan tadi.orang gaji baru..Endon ke?ish..dia cakap ok je tadi.tkde pulak dengar loghat endon.muda sangatla...sepertinya,potong bawang pun tak lepas.macam mana nak masak dan nak menjadi pembantu rumah.dia menggeleng kepala.macam manala mama boleh ambil perempuan itu jadi pembantu.
Sudah lewat benar hadri turun ke ruang tamu.tiba-tiba sahaja perutnya terasa lapar.petang tadi dia menolak bila mamanya mengajak.bukan tidak lapar,tapi keletihan lebih menggodanya untuk merebahkan badan ke tilam.
Hadri melangkah longlai ke dapur.qistina yang baru hendak keluar dari dapur terperanjat bila bertembung dengan hadri di muka pintu.berkelip-kelip dia memandang hadri.
‘errr…encik nak apa?encik nak makan ke..”ujar aliza.panggilan awak petang tadi sudah bertukar sementelahan dia tahu pemuda dihadapannya adalah anak kepada majikannya.dia gugup bila berdepan dengan lelaki itu.pandangannya yang tajam begitu menakutkan. ‘pandang orang macam nak telan”ngomelnya sendirian.
“Aku memang nak makan..ada lagi ke lauk petang tadi?”
“ada encik…kalau macam tu,encik duduklah dahulu.hadri hanya melihat gelagat orang gajinya itu.nak tergelak pun ada.kelam kabut la minah ni.macamlah aku mati kebulur kalau dia terlambat sesaat menyediakan makanan untuk aku.tapi tidak di nafikan,gadis itu cekap.
‘jemput makan encik..’ujarnya tersenyum.lega bila sudah selesai menghidang.dia berura-ura mahu masuk ke bilik bila di tegur hadri.
‘eiii...sakit telinga aku.tak payahlah kau nak berencik-encik dengan aku.nama aku hadri..panggil hadri dah la.kau dah makan?”
“err…dah encik..eh..hadri.saya nak masuk ke bilik dulu ye”
Dahi hadri mula berkerut seribu..gaya cicak yang tersalah telan kapur barus. “kau nak masuk,habis siapa yang nak kemaskan meja ni nanti??.dudukla dulu tunggu aku habis makan.’
qistina menelan air liur.terasa mahu menepuk dahi akan kelalaiannya itu.
“maaf encik.terlupa pula saya.”qistina menarik kerusi dan duduk mengadap hadri makan.
Hadri mengerling bila sekali lagi qistina memanggilnya dengan panggilan encik.kelakar dirasakan.macam dekat pejabat pun ada.macam dia tua sangat pun ada..
Hadri makan dengan berselera sekali.sudah lama tidak merasa masakan sedemikian.sesekali dia menatap wajah gadis di hadapannya.jelas terpancar keresahan pada raut wajah itu.dia tahu gadis tersebut lebih muda daripadanya.erm…memangla kekampungan gayanya.hanya memakai t-shirt dengan kain batik.gaya makcik-makcik aje..
‘apa nama kau?sejak bila kau bekerja dirumah ni?”
“saya…errmm..nama saya ain qistina.dah seminggu dah saya bekerja kat rumah ni.maaflah tadi,saya tak tahu siapa encik.dah seminggu saya di sini,tapi tak pernah nampak encik.Saya ingat encik orang luar..risau jugak saya.tetiba je terpacul kat dapur.entah-entah orang jahat ke,perompak ke..’jawab qistina panjang lebar.Dia ni kalau di biarkan bercakap memanglah tak nak berhenti..
Terjegil mata hadri bila dikatakan perompak..apa,muka penyangak ke aku ni..‘erm…aku outstation.seminggu takde kat rumah.”
“oooo…’qistina hanya menganggukkan kepalanya.Malas dia hendak bertanya apa-apa lagi bila melihat hadri yang berselera makan.dia mengemaskan meja selepas hadri naik ke atas.
‘Baik juga si hadri ni.ingat kan sombong.tak baik aku berburuk sangka kepadanya tadi.’
qistina bersyukur kerana dia di terima bekerja di rumah datuk murad.sekurang-kurangnya dia boleh membantu emak di kampung.wang yang di beri oleh datuk murad tempoh hari sudah di kirimkannya ke kampung. RM500 semuanya.pasti emak gembira.bolehlah membayar yuran sekolah adiknya Aisya yang akan mengambil spm tahun ini.bayar bil api,air,selebihnya membeli barangan keperluan rumah.malam itu dia mampu tidur di dalam senyuman.
Kerusi di tarik kasar.memuncung mulutnya.geram betul farina bila mendapat berita dari zara yang zack mula menggatal dengan heliza.sudahlah heliza memang musuh ketatnya sejak dari sekolah.apalah malangnya,di pertemukan d kolej yang sama.
“zack…..u cakap betul-betul dengan i..betul ke u ada hubungan dengan si heliza tu.u jangan nak buat hal..mati u I kerjakan nanti’
‘ehh…apa u cakap ni.bila masa pula I ada affairs dengan heliza.i kan sayang u.dah ada u yang cantik ni,kenapa pula I hendakkan heliza.’
‘ahhh…lelaki.kalau takde angin masakan pokok bergoyang.u cakap zack..baik u mengaku.kawan I yang cakap,dah heboh satu kolej yang u sukakan perempuan tu.u ingat I apa,tunggul kayu?jangan ingat I tak tau apa yang u buat..’
Pertemuan antara nik farina dan zack berakhir dengan pertengkaran.masing-masing tidak mahu mengalah.kerana kelancangan mulut,zack melempang kekasihnya itu.
Nik farina tergamam dengan tamparan yang di terima.tanganya juga ringan untuk membalas kembali.tetapi sempat di tepis oleh zack.Tanpa menunggu lama,nik farina masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.
“ok..i nak tengok,lama mana u nak berselindung.’
‘eh…farina.i sayangkan u,kenapa u nak tuduh I bukan-bukan ni.i cakap takde pape,takde papelah..u tak faham bahasa ke..hah.yang u beria nak tuduh i ni kenapa!’
“ooohh..i yang tak faham bahasa.i tuduh u..sejak bila u pandai cakap macam ni dengan i.sejak u bersama perempuan tak guna tu ye..huh..padanlah..lelaki sial!!”jerit farina sambil memukul-mukul badan zack.
Seketika farina terasa perit di pipi.memang dia tergamam bila zack berani naik tangan kepadanya.
Di dalam kereta,dia menangis semahunya..dia meraba pipinya.masih terasa sakitnya.
Nik aidil azril terjenguk di pintu.dia memberi salam tetapi tiada siapa yang menyahut.akhirnya dia mengambil keputusan untuk berehat di tepi kolam ikan mamanya.terasa tenang jiwanya mendengar deruan air terjun buatan.sudah sebulan dia tidak menjejakkan kaki ke rumahnya itu.terlalu sibuk dengan kerja di pejabat,lagipun syarikat perundingnya yang baru bertatih perlukan pengawasan dan perhatian sewajarnya.Seketika dia terdengar seperti suara orang yang sedang bercakap.
‘ermm…tadi aku dah terjerit-jerit tapi tak siapa menyahut..ingatkan takde orang’
Perlahan-lahan dia berjalan ke belakang ke rumah.pastinya mak kiah ada di belakang..kadang-kadang rajin juga orang tua itu berkebun.mengemas dan merapikan pokok-pokok bunga kesayangan mamanya.
Semakin dekat,semakin asing kedengaran suara yang singgah di cuping telinganya.suara siapa?ada jiran yang datang bertandang kah”bisik hatinya.
Dia menjenguk ke laman belakang.nyatalah,bukan mak kiah yang berada di depannya.
‘assalamualaikummmmm….’sapa azril.
qistina yang baru hendak berpaling,terkejut di sapa begitu.bulat matanya memandang azril.
‘ooo..mak kau…terkejut…”latah qistina kuat.
Azril hanya tersenyum.
“aiii…bagi salam pun terkejut..pelik.awk ni orang ke bunian?”soal azril.
Qistina mengurut dada.Ya allah..hendak tercabut jantungnya..manalah dia tak terkejut..elok-elok dia dok termenung..tiba-tiba sahaja ada orang bagi salam..kuat pulak tu.dia ingat aku pekak agaknya.lepas tu siap mempersoalkan pulak kewujudan diri aku.kalau setakat warga Negara atau tidak bolehlah diterima lagi..ini dia tanya aku ni orang ke bunian?ishhh..sengal..
Azril sudah serba salah.Kenapa lah pulak minah ni tengok aku semacam..macam nak di telan aje...seram..
“err…..mak kiah ada kat dalam.awak….?saya dah sakit tekak memanggil kat luar takde siapa yang membuka pintu.ingatkan takde orang kat rumah..then..saya dengar macam suara orang bercakap..tu yang saya datang jenguk ke belakang..’ujarnya ramah.Qistina hanya mengangguk..baru sahaja mulutnya hendak berbunyi..terdengar suara mak kiah menyampuk..
‘ehh…azril..bila sampai.laa…buat apa kat belakang ni nak..’
Azril tersengih memandang mak kiah.lantas memeluk orang tua itu erat.
“baru je mak kiah..penat azril dok kat luar.takde orang buka pintu pun.memang tak sudi azril balik ke rumah ni lagi ke mak kiah…’usiknya
“ishh…apa pulak cakap macam tu.maafla…mak kiah kat dalam tadi.solat sekejap..erm…qis tak dengar agaknya.dia kat belakang ni..’ujar mak kiah..
“qis…ni anak sulung datuk murad.nik aidil azril..’
qistina hanya tersenyum sumbing..dua kali dah aku terkena.adoilah…tak taulah berapa orang lagi anak datuk murad yang takde kat rumah ni.yang aku tak kenal..harap-harap ini jelah.Mak kiah pun satu,dah lah hari tu terkekek-kekek dia gelakkan aku bergaduh dengan hadri..siap cakap nak panggil polis lagi..patutnya time tu storylah habis-habis kat aku..yang dato murad ada lagi sorang anak..eiii..
Malam itu semua keluarga datuk murad berkumpul kecuali farina.nampaknya dato murad begitu juga datin maize begitu gembira dengan kehadiran azril.barulah dia tahu yang anak dato murad semuanya empat orang.lega rasanya hati aku bila semua ahli rumah ini telah ku kenali.kelam kabut aku dengan mak kiah petang tadi memasak.maklumlah ada tetamu istimewa yang tidak di jangka.
Azril orangnya boleh tahan.tinggi..hensem,malah terlalu peramah.berbeza dengan adiknya hadri.hadri tidak boleh di jangka tindakan,reaksi,serta tindak balasnya.
‘wah…sedapnya mama lauk malam ni…tomyam,sambal udang petai,dan paling ril suka….ikan bakar mak kiah ni..dah lama ril tak makan kat rumah.asyik makan kat luar je.erm…kesian tau anak mama ni.tengok,ril dah kurus dah..’
Tersenyum datin maize mendengar omongan anak bujangnya itu. ‘ha…itulah ril,rumah ni bukan jauh pun.tapi ril tu tak nak balik,erm…menyesal ke…hari tu beria nak pindah.’
‘mama ni…ke situ plak.ril busy la…papa bagi keje banyak sangat tau..’
Datuk murad menjegilkan mata kepada anaknya itu ‘ha…awak dengar la ckp anak awak tu.saya pulak yang jadi mangsa..’
Hadri hanya tersenyum. ‘abang tu sibuk dengan makwe dia aje mama.manalah ada masa nak melawat mama kt rumah ni..hari-hari minggu mestila keluar dating.betul tak bang??’ujar hadri sambil mengenyit matanya.
‘ish…pandaila kau.aku ni single and available lagi tau.ermm…kau tu,cepat-cepat cari calon.aku takpe,umur je tua..tapi muka still maintain..’
‘uwekkk...perasanlah kau ni long.maintain konon.apasal pulak..aku tak nak langkah bendul.selagi kau tak kahwin long..aku takkan kahwin.faham….’
Datin maize menarik muka mendengar celoteh anak-anaknya yang kurang enak di telinganya.
‘abang…tengoklah anak-anak awak ni…kalau semua tak nak kahwin,bila la agaknya kita nak dapat cucu ni abang…ishh..orang makin berumur makin berebut nak kawin,anak kita ni terbalik pulak..nak jadi bujang lapok agaknya’
Kata-kata datin maize di sambut gelak kuat oleh suami dan anak-anaknya..
‘ala awak ni..sampai jodoh kahwinla.tak payahlah awk nak risau..dahla..jom kita makan,abang dah lapar ni.asyik berbual je dari tadi.ohh ye,farina mana?takkan tak balik lagi.merayap ke mana anak dara awak tu.makin ligat saya tengok’
‘entahlah abang,saya pun tak tau..keluar dengan kawan-kawan agaknya..nanti dia balik la bang.pandailah dia jaga diri,dah besar panjang pun..”
“erm…itulah awak,makin besarla saya risau..datin maize oii…jangan dia menconteng arang di muka kita ni..”
Datin maize hanya menggeleng mendengar leteran suaminya.bukan dia tidak tahu suaminya tu,risau benar dengan perihal si farina.tapi…itulah,mungkin dah terlalu di manjakan.cakap apa pun sekarang,bukan di dengarnya.silap haribulan,kita yang di tempelaknya pulak..
Kelam seketika dunianya.baru tadi dia di kejutkan dengan berita yang tak dapat di terimanya.
Rasa loya,panas badan dari semalam membawanya ke klinik.ingatkan demam biasanya..namun dia terkejut bila di beritahu yang dia sudah hamil.dah nak masuk dua bulan.nasib baiklah tidak ke klinik keluarga.kalau tak nahaslah.pasti cepat sampai ke telinga papanya.dengan rasa berbaur,dia menelefon zack,tetapi telefonnya pula di tutup.tanpa arah tujuan dia merayau-rayau di suria klcc.hajatnya ingin mengurangkan resah di hati,tapi tak sangka akan berjumpa dengan zack.hancur hatinya.betullah jantan tak guna tu ada hubungan dengan heliza.dia mesti bersemuka dengan zack untuk menjelaskan kewujudan benih di dalam rahimnya itu.
Dalam hujan dia memecut Suzuki swiftnya.tidak di pedulikan lagi alam sekeliling.yang pasti,hatinya risau,sedih,kecewa,bodoh..semuanya berkecamuk.sudah dua lampu isyarat di langgarnya.gasaklah,kalau hendak saman,samanlah.sudah bingit telinganya mendengan hon yang di talakan kepadanya.namun dia terus memandu.dia tidak tahu kemana….
Nik farina menekan minyak sekuat hati.sakit hatinya bila terpandang zack bersama heliza.betullah rupanya desas desus yang di dengarinya sebelum ini. ‘siaplah kau zack.dasar lelaki penipu…baru sebulan yang lepas zack menafikan tidak pernah ada sebarang hubungan dengan heliza.tadi,di depan matanya sendiri dia melihat zack beriringan dengan perempuan itu keluar dari TGV di KLCC.
qistina menarik pasu bunga ke tengah laman.di gemburnya tanah di dalam pasu itu,supaya air dapat meresap dengan baik.barulah bunga yang di tanam subur dan berbunga dengan cepat.dia masih ingat pesanan arwah nenek kepadanya dahulu.neneknya lah yang suka berkebun dahulu.macam-macam yang di tanamnya.bunga,sayur-sayuran..pokok mempelam di depan rumah tu,sampai sekarang masih ada.nenek jugalah yang menanamnya.kadangkala bila memandang pokok itu,terasa sebak menghimpit di dada.terasa rindu kepada arwah.
Sedang asyik dia dengan kerjanya,tiba-tiba terdengar suara kucing yang mengiau-ngiau di luar pagar.
Qistina tersenyum girang,cepat-cepat dia berlari ke pagar.terus di pangkunya anak kucing itu.
‘ala…cayang buchuk-buchuk…nape mengiau ni..lapar ye cayang.keciannya kat dia…comot la kau ni.dah berapa tahun ni tak mandi ni..ermmm.’ujarnya perlahan sambil menggosok-gosok badan anak kucing itu.
qistima berkira-kira di dalam hati,apa salahnya aku pelihara kucing ni.comel juga anak kucing ni kalau dah di bersihkan.takkan la datin nak marah pulak…apa pun kena tanya mak kiah dulu.
‘mak kiah….tengok ni.qis jumpa kucing kat luar..kesian dia lapar..’
Mak kiah terkejut memandang anak kucing itu,seperti memandang hantu…
‘errr..nape mak kiah?tak boleh ke…’tanya qis serba salah.
“Takla…mak kiah ni takut kucing…”ujar mak kiah tersengih-sengih
“la…over act la mak kiah ni..ingatkan kenapa..kaku macam nampak hantu je tadi..kucing pun takut.ermmm qis bela kucing ni boleh tak mak kiah?erm…’soal qistina sambil mengerdipkan matanya..sengaja memancing reaksi mak kiah..Jelas terpancar raut wajahnya yang kerisauan.
‘terpulangla qis…tapi kenala jaga betul-betul.mak kiah tak boleh tolong.mak kiah takut..’
Qistina tersenyum memandang mak kiah. ‘yelah mak kiah……qis jaga.don’t worry mem.haa……..nak letak nama apa anak kucing ni…erm..apa ye..cici la.ok tak mak kiah?”ujar qistina meminta pendapat daripada mak kiah.
‘suka hati kamula qis oiii…cici ke cucu ke cicit ke..’balas mak kiah sambil tergelak.
Qistina lantas memandikan anak kucing barunya itu.dia tidak mahu anak kucing itu kelihatan kotor dan comot.nanti membawa penyakit pula.
‘ala….comelnya..sapa ni..sapa nama dia…cici ye..ala cute nya dia…’ujar qistina sambil membelai-belai si cici.sekarang takla dia bosan sangat,ada juga cici untuk bermanja.Kucing itupun sudah kelihatan semakin bermaya dan sihat setelah di mandi dan di beri makan.
Hadri membelek beberapa proposal untuk projek terbarunya.masih ada dua projek yang terpaksa di uruskanya.sebagai syarikat perunding,adalah penting untuk syarikatnya memberi nasihat serta membuat pemantauan dari segi budget quotation,jangka masa,untung rugi serta segala kemungkinan yang akan berlaku terhadap sesebuah projek yang di beri kepada syarikatnya.bukan dia tidak mahu bekerja dengan syarikat papanya,tapi dia lebih senang bekerja sendiri.lagipun syarikat itu hasil usahanya sendiri,malah elektrik adalah bidang kursus yang di ambilnya di universiti dahulu.
‘errm..en.hadri,miss atilia on the line.should I pass it?”seketika terdengar suara dina,setiausahanya melalui intercom.
Hadri mengeluh seketika. ‘ya..please’
‘hai hadri….how u doing?join me for lunch today,will u?please…..’
‘errmm….nop,sorry lia.i ada banyak kerja nak buat kat pejabat ni.mungkin lain kali eh..’
‘esok..boleh?’
Hadri menelan air liur.dalam hatinya membengkak.apalagi perempuan ni nak..tak faham bahasa betul.ni mama punya kerjalah ni.
‘nanti I free, I call u k.got to go.bye lia’ujarnya lantas meletakkan ganggang telefon.hadri meraup muka,lantas termenung seketika.apalah nak jadi dengan hidup aku ni.
Hadri tahu,dia tidak lagi seperti dulu.bukan dia tidak redha,malah dia sudah menerima pemergian natasya seadanya.mungkin,hatinya belum terbuka buat mana-mana gadis.masanya banyak di habiskan dengan bekerja.kadang-kadang,di hujung minggu keluar bermain tenis bersama si adif.tidak pun,melepak aje dekat rumah.waktu malam pula,biasalah orang bujang..berkumpul beramai-ramai.melepak di gerai-gerai mamak,menikmati angin malam.
Seketika dia teringatkan hal semalam..kelakar betul di rasakannya melihat si qistina bercakap dengan anak kucingnya.sampai senak perutnya menahan ketawa.kebetulan,dia pulang awal petang semalam.seusai menunaikan solat asar,hadri turun ke bawah.hajatnya nak ambil angin di tepi kolam buatan mamanya,memerhatikan ikan.namun,langkahnya terhenti bila terpandangkan qistina dengan seekor anak kucing.dari jauh dia memerhati dan mendengar tutur bicara gadis itu.
‘erm…cici nak tengok ikan ye…tapi mana boleh,ikan kan dalam air.takut air tak?cici terjun dalam kolam..lemaslah cici.nanti sapa nak selamatkan cici?kakak…jugak…’di usap-usapnya bulu si cici dengan jari jemarinya,sesekali di peluk ciumnya anak kucing itu.
‘cici…nanti masuk bilik.kakak nak masak.tapi sekarang…cici temankan kakak eh..kakak nak sapu sampah kat laman ni..nanti…akak teman cici main pulak ye…ala..comelnya..pandainya dia..’
Anak kucing itu hanya terkelip-kelip memandang si qistina.entah paham entahkan tidak apa yang di bebelkan tuannya itu.sekali tengok macam orang tak betul pun ada perempuan ni.bercakap dengan kucing kalahkan bercakap dengan orang…Hadri mengekek-ngekek ketawa bila masuk ke dalam rumah..ermm…macam-macam ragam.
Farina berbaring di atas sofa,majalah trendy itu di belek-beleknya.seketika matanya tertancap pada kaca televisyen.yang pasti,fikirannya ke lain.sudah beberapa hari dia berfikir-fikir,naik buntu fikirannya.
‘apa aku nak buat ni…kalau pun zack mengaku,dan mahu bertanggung jawab.apa yang aku nak bagitau dekat papa dan mama.takkanlah takde angin,takde ribut..nak kahwin.lagipun,aku masih belum habis belajar.kandungan pula sudah dua bulan,semakin hari semakin membesar..takkanlah nak gugurkan.macammana?’
Berpeluh-peluh dia memikirkan bala yang datang dalam hidupnya.
“cik farina,ni ada jus oren dengan bubur jagung.makanlah,mak kiah cakap…cik suka bubur jagung’
Ujar qistina sambil meletakkannya di meja berhampiran
‘takpe,letak aje kat situ.nanti aku makan.’ujarnya malas. qistina hanya mengangguk lantas kembali ke dapur.dia agak hairan dengan sikap farina dua tiga hari ni.asyik terperap aje di rumah,termenung pula panjangnya..mengalahkan orang kalah judi.kelat aje mukanya,di ajak makan pun tak mahu.
Seketika,qistina terasa seperti ada yang memerhatikannya dari belakang.Terus dia menoleh ke belakang.Terperanjat qistina bila farina masuk ke dapur.selama ni,tak pernah farina ke ruang dapur.
‘mak kiah ke mana?ermmm….’
“mak kiah takde cik farina.ada di biliknya.solat sekejap.cik perlukan apa-apa?”
Farina membuka peti sejuk.terjenguk-jenguk mencari sesuatu.
‘cik cari apa?boleh saya tolong?”
‘ada buah mempelam tak.teringin pulak nak makan cicah asam”
“oohh…nape tak cakap.ada,kebetulan mak kiah beli pagi tadi.’jelas farina.dia pantas ke almari mengambil buah yang di simpan.
‘kenapa tak simpan dalam peti ais?”
“erm…sebenarnya boleh.tapi buah mempelam ni tak sedap kalau di simpan lama dalam peti ais.nanti kecut buahnya,tak rangup lagi nak di makan.takpelah cik,nanti saya kopekkan..lepas tu hantarkan ke depan.’
Farina hanya mengangguk dan terus berlalu ke luar.
Mempelam sebiji besar di kopek,licin di habiskan farina.kena betul dengan tekaknya.dia terfikir seketika.betul agaknya orang mengandung suka makan benda masam-masam.bosannya hidup….terkenangkan lelaki tak guna tu,betul-betul membuatkannya sakit hati.
Bau harum nasi lemak di pagi hari betul-betul membangkitkan selera hadri.seawal jam 8,dia sudah tercongok di bawah.perutnya sudah berkeroncong minta di isi.tersenyum mak kiah melihat hadri yang tersengih-sengih menunggunya menghidangkan makanan.
‘amboi hadri…awalnya bangun hari ni.nak keluar ke?”
“ish..tak adalah mak kiah.hadri bangun awal pagi tadi.lepas tu,dah terbau nasi lemak mak kiah yang sedap tu..hai..manalah hadri boleh sambung tidur balik.kecur air liur ni.perut pun dah berbunyi dah ni..’ujarnya sambil tergelak.
‘erm…awal anak mama bangun.awal-awal pagi dah tergelak ni…ada pape ke.ni mesti happy sangat sebab nak keluar dating ye..’datin maize menggosok-gosok belakang anak bujangnya itu.
Hadri menggeleng-gelengkan kepala. ‘hadri nak dating dengan sapa…dok kat rumah je lah mama.’
Dia tidak menghiraukan kiasan mamanya.tidak sabar rasanya untuk bersarapan.terbuka seleranya,kecur air liur menghidu nasi lemak yang begitu harum.ada sambal udang dan juga kerang kegemarannya.sedang semuanya berada di meja,muncul pula azril di muka pintu.memberi salam lantas masuk menyalami ke dua orang tuanya.
‘hai long..pagi kau sampai.kenapa,kedai mamak tutup ke?”soal hadri sambil ketawa mengekeh.dia tau abangnya itu.bukan rajin hendak bangun pagi,inikan pula menghala ke rumah ni.
‘tak sayang mulut betul…aku datang ni saja jelah nak melawat mama.tapi itulah…ril tak sarapan lagi ni mama.nampaknya memang langkah kanan ril hari ni.bukan main sedap bau nasi lemak mak kiah ni.’ujar azril sambil menarik kerusi di sebelah farina.
“lama along tak nampak adik..sibuk sangat ke?belajar macam mana?”
“ermm…bukan adik yang sibuk,along yang tak datang sini..camana nak jumpa adik’ujar farina selamba.
Sudah dua kali hadri bertambah nasi.
‘mak kiah masak sedap sangat hari ni..dua kali hadri tambah.gemuklah hadri tiap-tiap hari macam ni.
Azril turut memuji,datuk juga sama.datin maize hanya tersenyum memerhatikan tiga beranak itu.farina hanya diam membiasu.namun dia juga turut sama menghabiskan sepinggan.
‘erm..mama,kalau macam tu ril makan tengahari kat sini la eh..rindulah nak rasa masakan mama.mama masak ye nanti…nasi lemak ni pun sedap,pandai mak kiah masak”ujarnya sambil tersengih
‘kamu ni ril.habis nak makan dekat mana,ni kan rumah ril.dudukla sini sampai hari ahad..apa salahnya balik ke sini hari minggu.duduk rumah kamu tu pun bukannya ada sapa..’
‘betul tu ril…kamu duduklah sini.rindu mak kiah.lama tak tengok kamu..cakap je lah nak makan apa,mak kiah masakan.tapi kalau nak nasi lemak kena suruh qisla masak.dia yang masak ni semua hari ni’panjang lebar penerangan mak kiah.
“ermm..bagusla kalau macam tu.boleh tahan budak qistina tu.pandai dia masak..mak kiah tengok-tengokkanlah dia..ajarkan,tunjukan mana yang patut.”celah datin maize.
‘makin berisi abang tengok kau ni dik,dah tak jaga makan ke”tiba-tiba hadri bersuara.
Tersedak farina mendengar komen abangnya.sepantas dia menoleh kearah hadri.
“betul ke abang?adik makin gemuk ke?entahla…adik pun tak perasan.malas nak diet..’
‘ermm…tengoklah.sepinggan dia boleh habiskan.selalu tu,siapa yang allergic sangat dengan nasi lemak.banyak lemakla,minyaklah..kelestrollah..banyak sangat pantangnya.last-last sandwich jugalah yang di telannya.’ringan aje mulut datin maize mengata farina.
Farina tersengih mendengar omongan mamanya.namun di dalam hati,tiada siapa yang tahu.terasa hendak pecah,terasa berat seketika kepalanya.makanan yang di telan terasa seperti tersekat di kerongkong.
Selepas bersarapan,azril melepak di ruang hadapan bersama hadri..farina awal-awal lagi sudah keluar.papanya juga sudah pasti ke kelab golf bersama kawan-kawannya sekejap lagi.
BAB 4
Datin maize membelek-belek baju kebaya moden yang tergantung di ruang pameran butiknya itu.sudah 8 tahun dia mengusahakan butik tersebut yang di namakan Busana Indah Butique.Setelah mendapat keizinan daripada suaminya,datin maize tidak menoleh ke belakang lagi.butik yang di usahakannya semakin berkembang,dan maju.para pelanggannya bukan sahaja terdiri daripada golongan kenamaan,malah artis-artis juga ramai yang menginjak masuk ke butiknya.Datin maize mempunyai 5 orang pembantu yang mengendalikan butiknya,sementelahan butiknya turut berfungsi sebagai pusat Andaman,yang menyediakan pelbagai kelengkapan perkahwinan.daripada baju pengantin,pelamin,kad jemputan dan sebagainya.walaupun datin maize agak tegas orangnya,namun dia tidak pernah mengabaikan anak-anaknya.mungkin dari segi masa,sudah tidak banyak lagi yang dapat di habiskan bersama anak-anak,namun dia akan memastikan masa yang ada di manfaatkan sebaik yang mungkin agar hubungan kekeluargaan mereka tidak renggang.
“nita,bila puan asiah hendak ambil bajunya ni?bukan minggu ni ke?kamu dah siapkan ke..bukan kamu tak tahu puan asiah tu..pantang bajunya tak siap’
‘ermm…bajunya dah siap datin.Cuma saya nak datin lihat selendangnya sahaja.mungkin datin ada nak komen,sesuai tak dengan bajunya”ujar nita sambil membawa baju dan juga selendang untuk di lihat majikannya.’
Datin maize melihat baju kurung Pahang yang di berikan nita.di perbuat dari sutera itali,cantik sekali padanan warna peachnya.di serikan pula dengan sulaman manik dan labuci di bahagian dada serta lengannya.
‘ok..bagus nita.cantik baju ni.erm..selendangnya pula saya rasa,kamu tak perlu menambahkan apa-apa lagi riasan,sudah cukup.saya tak mahu padanannya kelihatan begitu padat dan berserabut.’
‘baiklah datin..nampaknya dah settle lah.bolehlah saya call puan asiah,katakan bajunya dah siap’
“erm..baguslah macam tu nita”ujar datin maize.dia tahu nita merupakan seorang pekerja yang cekap,malah tahu cita rasa pelanggan.
‘Assalamualaikum…..hai maize.apa khabar?’sapa datin rokiah sambil tersenyum simpul.
Melenggang dia berjalan kearah datin maize dan juga nita,sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
‘waalaikummusalam..rokiah.lamanya kita tak berjumpa ye..apa khabar,sihat ke?’
‘sihat...itulah maize,I busy sangat..u pun apa kurangnya,dah lama tak singgah ke café I tu..dekat kelab pun,kita tak jumpa..’
Datin maize tersenyum mendengar omongan sahabatnya itu.ditariknya tangan datin rokiah ke sofa.
‘duduklah rokiah.ha..ni datang butik I ni,u nak tempah baju ke.u cakap aje nak fesyen apa..nanti nita sediakan.istimewa untuk u tau..’
‘Inilah maize..i datang sini pun sebab ada hal la ni.i perlukan seorang wedding planner untuk majlis perkahwinan anak I,linda.sekaligus,nak hantar kad jemputanlah ni..’terang datin rokiah.berseri-seri mukanya bercerita.Maklumlah orang nak dapat menantu..
Terkejut seketika datin maize mendengar berita tersebut.terasa baru semalam mereka berdua berbincang untuk menjodohkan hadri dan juga linda.kecewa rasanya,bila tidak dapat berbesan dengan datin rokiah.apalah kurangnya anak sahabatnya itu,cantik orangnya.tinggi lampai,lemah lembut,bijak,anak orang berada pulak tu.namun,mentah-mentah di tolak hadri.
“Linda nak kawin?erm..cepatnya.bila nak di lansungnya rokiah?”
‘yelah maize…3 bulan lagi.entahlah,kalau dah itu kemahuannya si linda,aku turutkan aje.maaflah rokiah,majlis pertunangannya hari tu..aku tak sempat nak khabarkan kepada kau.lagipun buat secara kecil-kecilan aje..di kampung.tapi….erm,majlis perkahwinan linda ni,aku memang nak buat besar-besaran.bukan apa,kalau boleh aku nak jemput semua kawan-kawan kita..ralat rasanya kalau tak menjemput..ni kan kali pertama aku buat majlis perkahwinan anak aku..’
“yelah.betul jugak tu..3 bulan lagi?ish..tak lama dah tu rokiah.dah banyak ke persiapan yang kau buat?,takut tak sempat aje’
“erm..taklah banyak.tapi barang-barang hantaran,linda dah beli bulan lepas.kebetulan dia outstation kat indonesia..sempatlah singgah dekat bali,apa lagi..shopping sakanlah dia.tinggal nak gubah ajelah.aku suruh tempah,tapi katanya nak di gubah sendiri.biar puas hati…kad hantaran pun dah di edar.katering pun aku dah tempah.sekarang,tinggal nak tempah baju dengan pelamin ajelah.itu yang aku datang ni.bunga telur pun aku nak kau buat tau,biar ada class sket.’ujar datin rokiah.Beria-ria dia bercerita.
‘kalau macam tu..takpelah.nanti,kau suruh linda dengan tunangnya datang ke sini.erm..biar dia buat pilihan.konsep apa yang dia nak.jangan risau,kau punya pasal..aku bagi diskaun.’seloroh datin maize.Dia sendiri seperti sudah tidak sabar..memang dia suka menguruskan hal-hal perkahwinan..apatah lagi untuk anak sahabatnya.Pasti dia makin teruja.
‘ermm…hadri macam mana maize?”
“hmm..ntahla yah.linda dah bertunang,dah nak naik pelamin dah pun.hadri tu,tak taulah aku.susah betul.Ralat rasanya yah tak dapat berbesan dengan kau..kalaulah rancangan kita dulu berjaya..akulah orang paling gembira.
Hadri mengatur langkah ke ruang tamu.seketika dia melihat seekor anak kucing di atas sofa.Sedapnya dia berlingkar..mentang-mentanglah sofa tu empuk..bukan main lagi dia..
“ehh…ni kan anak kucing si qistina.” desis hatinya
Hadri terus memangku cici di pangkuannya.dia membelai-belai bulu anak kucing itu,sambil matanya melihat karton spongebob di televisyen.Sudah tua-tua pun tengok kartun lagi..
qistina yang baru mengangkat kain di ampaian tergamam melihat cici yang di belai hadri.perlahan-lahan dia menghampiri hadri.
‘encik hadri…..ermm,cici…eh..anak kucing tu..’
Hadri menoleh ke belakang.matanya tajam merenung qistina.Sengaja dia mahu menyakat.
‘kucing kau ke ni?’soal hadri.mukanya sengaja di seriuskan.suka dia melihat muka pembantunya yang ketakutan.Bukan dia tak tahu si qistina tu,kalau dengan mak kiah bukan main mulutnya bising.tapi kalau berdepan dengan dia atau mamanya..tergagap-gagap hendak bercakap.
‘ye encik.ni kucing saya.tadi saya tak perasan dia keluar ke ruang tamu.saya janji takkan biarkan dia merayau ke merata-rata tempat.maafkan saya encik..’mohon qistina.risau betul hatinya melihat hadri yang kelihatan tidak senang dengan cici.tapi,bukankah dia yang membelai-belai cici tadi..buatnya dia suruh buang si cici macam mana?
“aku bukan apa..aku tak kisah.aku benarkan kau bela anak kucing ni,tapi dengan syarat.aku tak nak kau biarkan dia merayau dalam rumah macam tadi.kalau mama jumpa,siaplah kau.mama tak suka kucing..silap-silap kau di berhentikannya.faham?”
‘ya..ya saya faham encik hadri.maafkan saya.saya janji,takkan berulang lagi”
Qistina terus mengangkat anak kucingnya itu ke dapur.dia mengurut dada,nasib baiklah hadri tidak menyuruhnya membuang cici. ‘apa,kemalangan??.habis tu nita macam mana?’soal datin maize cemas.
‘oohh..kak nita selamat datin.tapi masih lemah.tangannya patah,kena tahan dekat ward.mungkin kena masuk besi tangannya tu.nasib baiklah kedua-dua anaknya takde pape datin’keluh fatihah.dia sendiri terkejut bila mendapat berita kemalangan sahabatnya itu.
Datin maize termenung seketika.bukan dia tidak bersimpati dengan musibah yang menimpa pekerjanya itu.tapi dengan ketiadaan nita, pastinya banyak kerja di butik itu akan tergendala.nita boleh di katakan pembantunya di busana indah,jika dia tidak ada..nitalah yang menguruskan segala urusan butik.dia menaruh kepercayaan yang tinggi kepada nita.bukanlah dia tidak mempercayai pekerja-pekerjanya yang lain.fatihah,nina,tini,dan wawa juga merupakan pekerja yang cekap.mungkin pengalaman mereka tidak seluas nita.lagipun,antara mereka berlima,nita yang paling tua.manakala yang lain masih dua puluhan.nina baru sahaja berkahwin,tini juga sudah bertunang..tinggal lagi fatihah dan juga wawa yang masih terlalu muda.fatihah baru mencecah 23 tahun,manakala wawa pula 19 tahun.habis sahaja stpm,wawa tidak melanjutkan pelajaran..masalah kewangan katanya.
“datin…erm,sepatutnya petang nanti kak nita ada appointment dengan client datin.macam mana ni?”soal nina.tangannya masih melekat pada mouse,menyemak segala urusan butik.
“client..sapa nina?”
“ siapa lagi,puan syarifah hani.dia menjemput kak nita ke rumahnya di damansara.katanya nak lihat rekaan terbaru butik kita ni datin..’
‘oo..macam tu.if that so,u ajelah yang pergi nina.u pun bukan tak biasa dengan puan syarifah tu.biar yang lain uruskan butik.’
“baiklah datin..”ujar nina sambil mengangguk-ngangguk.
Datin maize perlahan-lahan menyapu monsturiser ke mukanya.kemudian melangkah ke katil.Dato murad hanya memerhatikan isteri yang sudah 30 tahun di kahwininya.
“kenapa dengan awak ni maize..nampak risau aje dua tiga hari ni.awak ada masalah ke?”soal datuk murad.Prihatin jugak orang tua ni..
“takdelah bang..erm..Cuma butik saya sekarang ni,kekurangan pekerja.nita kan kemalangan,terpaksalah yang lain ambil alih tugasnya.risau juga saya…tempahan banyak sekarang ni.pening kepala saya sehari dua ni..tak menang tangan..’
“la.itu pun masalah.awak amiklah pekerja sementara nak tunggu nita baik.”
“bukan senang abang ooiii..nak cari orang muda yang ada bakat dalam jahit menjahit ni.diaorang lebih suka kerja dekat kilang.dah seminggu dah saya suruh si tini tu carikan orang..kalau-kalau ada yang berminat nak bekerja kat butik saya tu..”
“ermm…cubalah cari perlahan-lahan.nanti adalah tu..’datuk murad menarik selimut.matanya semakin kuyu,penat betul rasanya.tadi pun,pukul 8 mlm baru dia sampai ke rumah.
“alah abang ni…cakap senanglah”gumam datin maize.geram melihat sikap acuh tidak acuh suaminya itu.ingatkan prihatin sangat..baru mengadu..dah dia tarik selimut.geram sungguh hatinya melihat kerenah si suami.Tak sampai sekejap,dia turun dari katil.
“ehh…awak nak kemana pulak ni..’
“haus..minum air kejap”balas datin maize.kakinya menapak keluar dari kamarnya.perlahan-lahan dia menuruni tangga ke dapur.ketika melewati kamar qistina,dia melihat pintunya terbuka sedikit.kamarnya ternyata masih cerah.datin maize memberi salam,lalu menolak pintu kamar qistina.
“ehh…datin..ada apa datin?”ujar qistina.kaget seketika bila berdepan dengan datin qistina.bermacam perkara yang berlegar di mindanya.entah-entah,hadri ada memberitahu datin yan dia ada membela kucing.
Datin maize tersenyum. ‘takdelah..saya turun hendak minum air tadi.ternampak bilik qis masih cerah.kenapa tak tido lagi ni?”
‘err..eh,takdelah datin.saya tengah menyulam tadi..datin nak minum air apa,saya buatkan”jawab qistina.Pantas dia berdiri,berura-ura mahu ke dapur.memang dia kekok berbicara dengan datin maize.lagipun,datin jarang bercakap dengannya.
“Eh..awk nak kemana.tak payah..saya nak minum air kosong je..duduklah.menyulam?awak sulam apa?”berkerut dahi datin maize.Tidak pernah dia tahu gadis itu pandai menyulam
Serba salah qistina dibuatnya.salahkah apa yang dia buatnya.namun,dia memberanikan diri untuk menjawab. ‘alas meja datin.saja je buat,lagipun memang saya suka menyulam..saya harap datin tak kisah”
Datin maize mencapai sulaman alas meja yang hampir siap itu.terpegun seketika.halus buatannya,cantik sekali.
“cantik qis.awak yang buat ni?halus jahitannya..mana awak belajar ni?”
Qistina menarik nafas lega.ternyata datin maize tidak marahkan dirinya.Siap puji lagi..
“emak saya yang ajar datin.dekat kampung dulu,selalu lah juga saya ambil upah menyulam..nak tolong mak.’
‘oohh……macam tu.awak pandai menjahit?”soal datin maize.tiba-tiba dia mendapat idea.
“bolehla sikit-sikit..kalau jahit baju kurung,kebaya,baju melayu tu bolehla datin” qistina mula merasakan kemesraan dengan datin maize.ternyata datinnya itu,tidaklah sesombong mana.malah,sudi mengetuk pintu biliknya hanya sekadar untuk bertanya khabar.
“bagusla qis.sekurang-kurangnya awak boleh menolong keluarga awak.awak masih muda,kenapa tidak melanjutkan pelajaran.kan boleh buat pinjaman pendidikan”
“saya belajar sampai tahap stpm aje datin.saya tahu boleh membuat pinjaman pendidikan.tapi saya masih tak mampu datin.ayah dah lama takde,saya tak sanggup nak tengok emak bekerja keras siang malam mengerah keringat untuk menyekolahkan adik-adik.biarlah saya beralah datin’terang qistina.
“Kalau macam tu,kerjalah baik-baik kat sini qis.Saya ni nak bayar gaji awak banyak-banyak pun..tak boleh.tapi kalau ada ape-ape masalah,perlukan duit ke..bagitau je.Insyaallah..saya tolong”Pesan datin maize.
Qistina mengguk sambil tersenyum manis.
“oklah.dah lewat ni.saya pun nak naik tido ni.awk pun tidolah.tak elok berjaga lewat malam.esok nak bangun awal”
“yelah datin..selamat malam.assalamualaikum’
“Waalaikumussalam..’balas datin maize,lalu menutup pintu bilik qistina.
Datin maize cuba untuk tidur.tetapi entah kenapa,susah benar untuknya melelapkan mata malam itu.dia teringat perbualannya dengan qistina.pada mulanya memang dia ragu akan keikhlasan qistina untuk bekerja sebagai pembantu di rumahnya,namun ternyata qistina tidak menghampakannya.dia cekap,walaupun masih muda..qistina dapat melakukan semua kerja di rumah ini dengan sempurna.dari menguruskan rumah,memasak,dan mengerjakan tanaman rosnya di taman,semuanya di lakukannya dengan baik.walaupun dia jarang berada di rumah,tapi dia tahu semuanya dari mak kiah.Qistina…gadis itu terlalu polos.lurus budaknya.Kalu dia dia agak kasar bila bercakap dengan qistina..entah kenapa.mungkin sikap qistina yang teragak-agak membuatkannya suka meninggikan suara bila bercakap dengan gadis itu.Dia pantang kalau bercakap dengan orang yang spesis macam tu..seperti tiada keyakinan.Walhal bukan ada buat salah ape pun…Qistina..qistina..mungkin dia salah seorang dari gadis kampung yang masih utuh peribadinya,masih kuat berpegang pada adat dan agama,masih menghormati orang yang lebih tua,malah tidak keterlaluan jika di katakan masih hingusan dalam mengerti kehidupan sebenar di Bandar besar seperti kuala lumpur.penuh dengan kepura-kepuraan,kehidupan yang terlalu bebas.
Seketika mengelamun,dia terkenangkan anak gadisnya farina.sudah lama dia tidak meluangkan masa bersamanya.farina pastinya jauh berbeza jika di bandingkan dengan qistina.anak gadisnya itu lincah,berani,petah berkata..manja,namun agak kebelakangan ini..farina sudah pandai membantah cakapnya,cepat memberontak..
Farina berlari-lari anak ke keretanya.dia mahu segera meninggalkan tempat itu.air matanya tidak henti-henti mengalir ke pipi.sedih benar hatinya dengan perlakuan kekasih yang selama ini di pujanya.hari ini zack telah memalukan dirinya di khalayak ramai,betapa rendah harga dirinya ketika itu.
Melihat kelibat zack bersama-sama heliza di café,betul-betul menaikkan kemarahannya.patut la zack makin berubah.jarang mahu meluangkanmasa untuknya,malah..langsung tidak mahu mengambil tahu perihalnya lagi.sudah lama dia bersabar,memendam rasa.sakit hatinya melihat heliza yang meliuk lintok di bahu kekasihnya.tanpa mempedulikan mata-mata yang melihat,farina mengorak langkah mendekati pasangan sejoli itu.apa nak jadi,jadilah..bentak hatinya.
‘hoi perempuan,kau dah takde laki lain ke nak menggatal??boyfriend orang jugak yang kau nak rampas!!”sergah farina.air oren yang masih berbaki di atas meja di simbahnya ke muka heliza.tidak cukup dengan itu,ditariknya kolar baju heliza dengan kasar.geram betul dia melihat perempuan yang berlagak sopan itu.bukan dia tidak tau siapa sebenarnya heliza.
Zack yang masih terkejut dengan kehadiran farina hanya mampu melihat.dia kaget seketika.
Heliza mencerlung tajam kearah farina.dengan keras menolak farina hingga terduduk ke lantai.
“kau cakap baik-baik sket eh.siapa yang rampas pakwe kau?Zack yang cari aku tau!aku tak pernah nak tersua-sua cari dia.tak macam kau!perempuan murah!”jerit heliza geram.merah padam mukanya menahan marah.malu mukanya di simbah air di khalayak ramai.Alang-alang dah malu,biar sama-sama malu.
Zara dan atikah yang melihat kejadian itu terus meluru kearah farina,dan membantunya untuk bangun.
“sabar rina,sabar..jangan buat kecoh kat sini..ramai orang ni.malu tau tak..”ujar atikah sambil memegang lengan sahabatnya itu.
“kau ke tepi tikah.biar aku ajar perempuan tak guna tu!!kau ingat kau cantik sangat ke?kalau kau tak menggatal,tergedik-gedik goda si zack..dia takkan tinggalkan aku tau tak!!”tingkah farina.zara yang memeluk,di tepisnyanya kasar.
Heliza hanya tersenyum sinis.dia berjalan menuju kearah farina.Berlagak betul
“oii perempuan jalang..dengar sini aku nak cakap.pakwe kau?ada aku kesah?kalau memang aku goda zack kenapa?heii..kalau kau cukup bagus,dia takkan tinggalkan kau.tu..dalam perut tu,anak sapa yang kau kandungkan tu!anak jantan mana hah?? sampai bila kau nak tutup perut kau tu!”jerit heliza sambil tangannya menunjal-nunjal dada farina.
Berdesing telinga farina mendengar cacian dari mulut heliza.tak tunggu sedetik,ringan sahaja tangannya menampar perempuan itu sekuat hati.kecil sahaja heliza di pandangan matanya ketika itu.
Heliza memegang pipinya yang terasa perit dengan penangan dari farina.zack terus menarik dan memeluknya.
‘Rina,apa kau dah buat ni.hilang akal ke apa!!kita dah takde pape..”bentak zack kasar.merah matanya mencerlung ke arah farina.
“kau diam!kenapa,kau nak bela perempuan tu?jantan tak guna,sial!kau…sama perempuan gila tu..pegi mampus lagi baik tau tak!jangan ingat kau boleh lepas..lepas kau dah musnahkan hidup aku,kau nak menggatal dengan betina ni pulak!”jerit farina sambil menumbuk dada zack.melihatkan perlakuan farina yang semakin agresif,Zara dan atikah terus memeluk dan menariknya keluar dari café.mereka cuba menenangkan farina yang ternyata seperti singa lapar.mulutnya riuh memaki hamun..terkial-kial tangannya mahu melepaskan diri dari pelukan zara dan tikah.
‘Dahla rina…zack tu memang jantan tak guna.kau tinggalkan aje dia.kau boleh dapat pakwe jauh lebih baik dari dia..”nasihat zara sambil mengusap belakang farina lembut.
“betul tu..”tingkah atika seraya mengangguk-nganggukkan kepalanya.Simpati dia melihatkan farina yang sudah termanggu seperti orang bodoh..
“korang takkan faham..kau tahu tak..aku dah mengandungkan anak zack.apa aku nak buat sekarang zara..tikah..’keluh farina.manik-manik jernih mula mengalir membasahi pipi gebunya.
“what!!sial punya jantan.jadi betullah apa si heliza tu cakap tadi...eiii...dah buat,tak mahu tanggung..’jerit zara sambil mengenggam penumbuk.geram betul dia dengan si zack.seperti mahu di tumbuk-tumbuk saja muka jantan keparat tu biar sampai jadi sambal belacan.
“aku dah buntu..camana aku nak hadapi benda ni sorang-sorang.zack dah tak nak kat aku.dia dah lupakan aku,tak mengaku ni anak dia.ikutkan hati,memang aku nak belasah lagi betina tu cukup-cukup.nak sembelih jantan tu hidup-hidup...sakit sangat hati aku ni tika..zara..’rintih farina
‘kami tau..tapi tindakan kau tadi takkan selesaikan masalah.sebaliknya makin memburukkan keadaan.memalukan diri kau sendiri.seperti menepuk air di dulang,akhirnya terpercik ke muka sendiri..’ujar atikah.mukanya juga sudah keruh memikirkan masalah yang sedang menimpa sahabat karibnya.
“ye rina,sekarang kau kena fikirkan cara yang lebih baik..dari apa yang aku nampak,jantan tak guna tu takkan bertanggung jawab atas apa yang dia dah buat dekat kau.
Farina meraup mukanya.sudah banyak kali dia mengeluh berat.sudah biol urat saraf kepalanya bekerja mencari jalan penyelesaian.
“habis..apa aku nak buat sekarang ni zara..tikah?aku betul-betul dah buntu.dah hilang akal.perut aku ni,makin hari..makin besar.mana aku nak sorok.kalau mak ayah aku tahu..mati aku..kenapa la malang sangat nasib aku ni..”
“I think u should abort this baby..”ujar zara perlahan.Antara yakin dan tidak dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya.
“What!!eh..kau gila ke zara.jangan nak merepeklah,berdosa tau tak.lagipun bahaya..boleh hilang nyawa..aku tak setuju.rina,jangan sesekali kau buat kerja gile tu”bangkang atikah.tegas sungguh dia dengan apa yang diperkatakannya.
“Opps..ok..sorry.aku cadangkan aje..ntahlah rina,time is running,we can’t stop it.sampai satu masa kau harus lakukan sesuatu pada kandungan kau tu.jangan sampai mak kau dapat tahu.mati kau nanti rina..’kata-katanya disambut kerlingan tajam dari atikah.
“Ye..mak aku tak boleh tahu hal ni..kalau tidak aku,dia yang mati sakit jantung nanti.”ujar farina perlahan.
“Entahlah rina..benda dah jadi.Aku tak tahu nak cakap apa..kalau keadaan terdesak..mungkin kau patut bagitau mama kau.perkara ni serius..bukan main-main rina.Apa-apa jadi kat kau macam mana?..hmmm..aku rasa baik kau balik rumah dulu..rehat.tenangkan fikiran kau.nanti kita fikirkan apa yang boleh di buat untuk selesaikan masalah kau ni,k”
Farina terus memeluk zara.begitu juga atikah.erat sekali.
“thank girls.i really appreciate it.oklah..aku nak balik dulu.nanti kita jumpa lagi’ujar farina.terharu betul dia dengan keperihatinan sahabatnya itu.
‘ok..just take care.aku dan zara sentiasa bersama kau.susah senang kita,biarlah bersama.faham!”sela atikah sambil tersenyum
“dahlah rina.pegilah balik.drive elok-elok.hujan pun dah mula turun tu..”ujar zara pula.
Farina hanya mampu tersenyum.dia berlari-lari anak ke keretanya.hujan yang turun juga semakin lebat.