Bau harum nasi lemak di pagi hari betul-betul membangkitkan selera hadri.seawal jam 8,dia sudah tercongok di bawah.perutnya sudah berkeroncong minta di isi.tersenyum mak kiah melihat hadri yang tersengih-sengih menunggunya menghidangkan makanan.
‘amboi hadri…awalnya bangun hari ni.nak keluar ke?”
“ish..tak adalah mak kiah.hadri bangun awal pagi tadi.lepas tu,dah terbau nasi lemak mak kiah yang sedap tu..hai..manalah hadri boleh sambung tidur balik.kecur air liur ni.perut pun dah berbunyi dah ni..’ujarnya sambil tergelak.
‘erm…awal anak mama bangun.awal-awal pagi dah tergelak ni…ada pape ke.ni mesti happy sangat sebab nak keluar dating ye..’datin maize menggosok-gosok belakang anak bujangnya itu.
Hadri menggeleng-gelengkan kepala. ‘hadri nak dating dengan sapa…dok kat rumah je lah mama.’
Dia tidak menghiraukan kiasan mamanya.tidak sabar rasanya untuk bersarapan.terbuka seleranya,kecur air liur menghidu nasi lemak yang begitu harum.ada sambal udang dan juga kerang kegemarannya.sedang semuanya berada di meja,muncul pula azril di muka pintu.memberi salam lantas masuk menyalami ke dua orang tuanya.
‘hai long..pagi kau sampai.kenapa,kedai mamak tutup ke?”soal hadri sambil ketawa mengekeh.dia tau abangnya itu.bukan rajin hendak bangun pagi,inikan pula menghala ke rumah ni.
‘tak sayang mulut betul…aku datang ni saja jelah nak melawat mama.tapi itulah…ril tak sarapan lagi ni mama.nampaknya memang langkah kanan ril hari ni.bukan main sedap bau nasi lemak mak kiah ni.’ujar azril sambil menarik kerusi di sebelah farina.
“lama along tak nampak adik..sibuk sangat ke?belajar macam mana?”
“ermm…bukan adik yang sibuk,along yang tak datang sini..camana nak jumpa adik’ujar farina selamba.
Sudah dua kali hadri bertambah nasi.
‘mak kiah masak sedap sangat hari ni..dua kali hadri tambah.gemuklah hadri tiap-tiap hari macam ni.
Azril turut memuji,datuk juga sama.datin maize hanya tersenyum memerhatikan tiga beranak itu.farina hanya diam membiasu.namun dia juga turut sama menghabiskan sepinggan.
‘erm..mama,kalau macam tu ril makan tengahari kat sini la eh..rindulah nak rasa masakan mama.mama masak ye nanti…nasi lemak ni pun sedap,pandai mak kiah masak”ujarnya sambil tersengih
‘kamu ni ril.habis nak makan dekat mana,ni kan rumah ril.dudukla sini sampai hari ahad..apa salahnya balik ke sini hari minggu.duduk rumah kamu tu pun bukannya ada sapa..’
‘betul tu ril…kamu duduklah sini.rindu mak kiah.lama tak tengok kamu..cakap je lah nak makan apa,mak kiah masakan.tapi kalau nak nasi lemak kena suruh qisla masak.dia yang masak ni semua hari ni’panjang lebar penerangan mak kiah.
“ermm..bagusla kalau macam tu.boleh tahan budak qistina tu.pandai dia masak..mak kiah tengok-tengokkanlah dia..ajarkan,tunjukan mana yang patut.”celah datin maize.
‘makin berisi abang tengok kau ni dik,dah tak jaga makan ke”tiba-tiba hadri bersuara.
Tersedak farina mendengar komen abangnya.sepantas dia menoleh kearah hadri.
“betul ke abang?adik makin gemuk ke?entahla…adik pun tak perasan.malas nak diet..’
‘ermm…tengoklah.sepinggan dia boleh habiskan.selalu tu,siapa yang allergic sangat dengan nasi lemak.banyak lemakla,minyaklah..kelestrollah..banyak sangat pantangnya.last-last sandwich jugalah yang di telannya.’ringan aje mulut datin maize mengata farina.
Farina tersengih mendengar omongan mamanya.namun di dalam hati,tiada siapa yang tahu.terasa hendak pecah,terasa berat seketika kepalanya.makanan yang di telan terasa seperti tersekat di kerongkong.
Selepas bersarapan,azril melepak di ruang hadapan bersama hadri..farina awal-awal lagi sudah keluar.papanya juga sudah pasti ke kelab golf bersama kawan-kawannya sekejap lagi.
BAB 4
Datin maize membelek-belek baju kebaya moden yang tergantung di ruang pameran butiknya itu.sudah 8 tahun dia mengusahakan butik tersebut yang di namakan Busana Indah Butique.Setelah mendapat keizinan daripada suaminya,datin maize tidak menoleh ke belakang lagi.butik yang di usahakannya semakin berkembang,dan maju.para pelanggannya bukan sahaja terdiri daripada golongan kenamaan,malah artis-artis juga ramai yang menginjak masuk ke butiknya.Datin maize mempunyai 5 orang pembantu yang mengendalikan butiknya,sementelahan butiknya turut berfungsi sebagai pusat Andaman,yang menyediakan pelbagai kelengkapan perkahwinan.daripada baju pengantin,pelamin,kad jemputan dan sebagainya.walaupun datin maize agak tegas orangnya,namun dia tidak pernah mengabaikan anak-anaknya.mungkin dari segi masa,sudah tidak banyak lagi yang dapat di habiskan bersama anak-anak,namun dia akan memastikan masa yang ada di manfaatkan sebaik yang mungkin agar hubungan kekeluargaan mereka tidak renggang.
“nita,bila puan asiah hendak ambil bajunya ni?bukan minggu ni ke?kamu dah siapkan ke..bukan kamu tak tahu puan asiah tu..pantang bajunya tak siap’
‘ermm…bajunya dah siap datin.Cuma saya nak datin lihat selendangnya sahaja.mungkin datin ada nak komen,sesuai tak dengan bajunya”ujar nita sambil membawa baju dan juga selendang untuk di lihat majikannya.’
Datin maize melihat baju kurung Pahang yang di berikan nita.di perbuat dari sutera itali,cantik sekali padanan warna peachnya.di serikan pula dengan sulaman manik dan labuci di bahagian dada serta lengannya.
‘ok..bagus nita.cantik baju ni.erm..selendangnya pula saya rasa,kamu tak perlu menambahkan apa-apa lagi riasan,sudah cukup.saya tak mahu padanannya kelihatan begitu padat dan berserabut.’
‘baiklah datin..nampaknya dah settle lah.bolehlah saya call puan asiah,katakan bajunya dah siap’
“erm..baguslah macam tu nita”ujar datin maize.dia tahu nita merupakan seorang pekerja yang cekap,malah tahu cita rasa pelanggan.
‘Assalamualaikum…..hai maize.apa khabar?’sapa datin rokiah sambil tersenyum simpul.
Melenggang dia berjalan kearah datin maize dan juga nita,sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
‘waalaikummusalam..rokiah.lamanya kita tak berjumpa ye..apa khabar,sihat ke?’
‘sihat...itulah maize,I busy sangat..u pun apa kurangnya,dah lama tak singgah ke cafĂ© I tu..dekat kelab pun,kita tak jumpa..’
Datin maize tersenyum mendengar omongan sahabatnya itu.ditariknya tangan datin rokiah ke sofa.
‘duduklah rokiah.ha..ni datang butik I ni,u nak tempah baju ke.u cakap aje nak fesyen apa..nanti nita sediakan.istimewa untuk u tau..’
‘Inilah maize..i datang sini pun sebab ada hal la ni.i perlukan seorang wedding planner untuk majlis perkahwinan anak I,linda.sekaligus,nak hantar kad jemputanlah ni..’terang datin rokiah.berseri-seri mukanya bercerita.Maklumlah orang nak dapat menantu..
Terkejut seketika datin maize mendengar berita tersebut.terasa baru semalam mereka berdua berbincang untuk menjodohkan hadri dan juga linda.kecewa rasanya,bila tidak dapat berbesan dengan datin rokiah.apalah kurangnya anak sahabatnya itu,cantik orangnya.tinggi lampai,lemah lembut,bijak,anak orang berada pulak tu.namun,mentah-mentah di tolak hadri.
“Linda nak kawin?erm..cepatnya.bila nak di lansungnya rokiah?”
‘yelah maize…3 bulan lagi.entahlah,kalau dah itu kemahuannya si linda,aku turutkan aje.maaflah rokiah,majlis pertunangannya hari tu..aku tak sempat nak khabarkan kepada kau.lagipun buat secara kecil-kecilan aje..di kampung.tapi….erm,majlis perkahwinan linda ni,aku memang nak buat besar-besaran.bukan apa,kalau boleh aku nak jemput semua kawan-kawan kita..ralat rasanya kalau tak menjemput..ni kan kali pertama aku buat majlis perkahwinan anak aku..’
“yelah.betul jugak tu..3 bulan lagi?ish..tak lama dah tu rokiah.dah banyak ke persiapan yang kau buat?,takut tak sempat aje’
“erm..taklah banyak.tapi barang-barang hantaran,linda dah beli bulan lepas.kebetulan dia outstation kat indonesia..sempatlah singgah dekat bali,apa lagi..shopping sakanlah dia.tinggal nak gubah ajelah.aku suruh tempah,tapi katanya nak di gubah sendiri.biar puas hati…kad hantaran pun dah di edar.katering pun aku dah tempah.sekarang,tinggal nak tempah baju dengan pelamin ajelah.itu yang aku datang ni.bunga telur pun aku nak kau buat tau,biar ada class sket.’ujar datin rokiah.Beria-ria dia bercerita.
‘kalau macam tu..takpelah.nanti,kau suruh linda dengan tunangnya datang ke sini.erm..biar dia buat pilihan.konsep apa yang dia nak.jangan risau,kau punya pasal..aku bagi diskaun.’seloroh datin maize.Dia sendiri seperti sudah tidak sabar..memang dia suka menguruskan hal-hal perkahwinan..apatah lagi untuk anak sahabatnya.Pasti dia makin teruja.
‘ermm…hadri macam mana maize?”
“hmm..ntahla yah.linda dah bertunang,dah nak naik pelamin dah pun.hadri tu,tak taulah aku.susah betul.Ralat rasanya yah tak dapat berbesan dengan kau..kalaulah rancangan kita dulu berjaya..akulah orang paling gembira.
Hadri mengatur langkah ke ruang tamu.seketika dia melihat seekor anak kucing di atas sofa.Sedapnya dia berlingkar..mentang-mentanglah sofa tu empuk..bukan main lagi dia..
“ehh…ni kan anak kucing si qistina.” desis hatinya
Hadri terus memangku cici di pangkuannya.dia membelai-belai bulu anak kucing itu,sambil matanya melihat karton spongebob di televisyen.Sudah tua-tua pun tengok kartun lagi..
qistina yang baru mengangkat kain di ampaian tergamam melihat cici yang di belai hadri.perlahan-lahan dia menghampiri hadri.
‘encik hadri…..ermm,cici…eh..anak kucing tu..’
Hadri menoleh ke belakang.matanya tajam merenung qistina.Sengaja dia mahu menyakat.
‘kucing kau ke ni?’soal hadri.mukanya sengaja di seriuskan.suka dia melihat muka pembantunya yang ketakutan.Bukan dia tak tahu si qistina tu,kalau dengan mak kiah bukan main mulutnya bising.tapi kalau berdepan dengan dia atau mamanya..tergagap-gagap hendak bercakap.
‘ye encik.ni kucing saya.tadi saya tak perasan dia keluar ke ruang tamu.saya janji takkan biarkan dia merayau ke merata-rata tempat.maafkan saya encik..’mohon qistina.risau betul hatinya melihat hadri yang kelihatan tidak senang dengan cici.tapi,bukankah dia yang membelai-belai cici tadi..buatnya dia suruh buang si cici macam mana?
“aku bukan apa..aku tak kisah.aku benarkan kau bela anak kucing ni,tapi dengan syarat.aku tak nak kau biarkan dia merayau dalam rumah macam tadi.kalau mama jumpa,siaplah kau.mama tak suka kucing..silap-silap kau di berhentikannya.faham?”
‘ya..ya saya faham encik hadri.maafkan saya.saya janji,takkan berulang lagi”
Qistina terus mengangkat anak kucingnya itu ke dapur.dia mengurut dada,nasib baiklah hadri tidak menyuruhnya membuang cici.