Sudah seminggu dia di rumah itu.banglo tiga tingkat itu terlalu besar buatnya.walaupun Cuma sekadar orang gaji,dia selesa di rumah itu.Datuk murad pula melayaninya dengan baik.Cuma sesekali suara tegas datin maize menggetarkan dadanya.jerit pekik nik farina pula seakan sudah lali di telinganya.qistina tidak kisah,janji dia akan kekal di rumah itu.dia tidak mahu kehilangan pekerjaannya.beberapa hari lepas,datuk murad ada memberikannya sejumlah wang.katanya wang pendahuluan.baik sungguh hati budi majikannya itu.
“Mak kiah..mak kiah..”.Qistina bangun dari kerusi.terbantut niatnya hendak menyiang sayur.Hadri tersentak seketika memandang qistina.qistina juga tergamam melihat lelaki tidak di kenali sudah sampai ke ruang dapurnya.
“awak siapa??”soal qistina kehairanan.
‘mak kiah mana.kau siapa?’soal hadri.
‘saya pembantu baru di rumah ni.mak kiah ke pasar.awak cari siapa?datin dah keluar dari pagi..’
Hadri mendengus,lantas berlari naik keatas.qistina cemas.pisau di tangan masih erat di genggamnya.manalah tau lelaki tadi berniat tidak baik.cepat-cepat dia mengejar hadri.
“awak nak kemana??baik awk keluar sebelum saya panggil polis.” di tahannya hadri.wajahnya berpeluh.termengah-mengah dia menghela nafas.penat dia mendaki tangga mengejar langkah hadri.
Hadri menolak kasar tangannya yang menghalang pintu.
‘tepilah.ini bilik aku,faham.kalau kau nak panggil polis,panggillah.kalau kau nak keluar dari rumah ni lagi bagus.tapi….tolong jangan kacau aku!’tengking hadri kasar.Sudah moodnya tak berapa baik,ada pulak lah manusia yang sengal tetiba datang cari pasal dengan dia.
Terlopong qistina seketika. “alamak….apa aku dah buat ni.matilah aku.macamana ni.aku manalah tau dia siapa.tak pernah aku tengok dia di rumah ni.habislah.mesti dia mengadu kat datin.dan kemudian pasti aku di berhentikan kerja.ya allah…..apa aku dah buat ni.”hatinya libang libu di palu resah.risaunya bukan kepalang.
Hadri masuk ke biliknya.kemudian menghempas pintu sekuat mungkin.Kedengaran suara hadri memakinya dari dalam bilik.
Tersentak qistina.bergenang air matanya menahan sebak.Kalau ya pun aku tersilap,apa salahnya cakap baik-baik.Ini tidak,orang kaya memang begini agaknya lagak diaorang.boleh bercakap,marah dan menengking orang lain sesuka hati.Orang susah sepertinya tidak pernah di ajar begitu.Tapi adil ke aku beranggapan begitu?tidak semua orang kaya tu sombong..malah orang miskin juga ramai yang jenis tak sedar diri.Sesak mindanya mahu berfikir.lantas dia perlahan-lahan turun ke dapur.dia harus memasak.
“erm…lain je nampaknya makan malam kita hari ni.siapa yang masak semua ni?”Tanya datuk murad.kecur air liurnya melihat asam pedas ikan pari,ayam goreng berempah,sambal belacan,ulam pun ada..teringat dia pada masakan ibunya.
‘qis yang sediakan semua ni datuk.cubalah rasa..sedap datuk ’ujar mak kiah sambil tersenyum.
Mak kiah ni..promote lebih-lebih pulak.Dia tak tahu aku ni dah semput,sesak nafas rasanya. seminggu di rumah ni,tak pernah lagi aku memasak.setakat menolong apa yang patut sahaja.tidak tahulah apa rasanya masakan yang di sediakan.mungkin tidak kena dengan selera datuk dan datin.
Datin maize hanya mendiamkan diri.dia makan tanpa banyak kerenah.datuk juga begitu.dan yang paling dia tak sangka,datuk sampai tiga kali bertambah.datin maize juga tidak ketinggalan.tiada apa yang mampu di ucapkan,hanya syukur ke hadrad illahi.Lega rasanya..sedap la kot masakan aku ni.hehehe..perasan betul budak qistina ni.Tidak nampak pula kelibat lelaki siang tadi.ke mana dia?tidak mahu makankah?Rasanya sejak dia masuk ke bilik,langsung tak keluar-keluar.dah pengsan agaknya..atau pun mati kena darah tinggi.yelah agaknya tu.kalau dah asyik mengamuk je..marah tak tentu hala..ya allah..mengarut ajelah aku ni..
Hadri bersandar lemah pada katil.penat benar di rasakannya. ‘aaahhhhhhhhh…….bosan betul kehidupannya.entahlah,seperti tiada apa yang bermakna di dalam hidupnya.keluarga nya tidak seperti dahulu.sekarang,tiada siapa yang ada di rumah.mama,papa,masing-masing sibuk.abangnya Azril,sudah berpindah ke rumah sendiri.kak long,pastilah sibuk dengan keluarganya sendiri.adiknya pula semakin ligat.kemana lagi kalau bukan berpeleseran bersama teman-temannya.dan dia…..seperti keseorangan.sejak kehilangan natasya dua tahun lalu,hidupnya kosong.tiada lagi peransang,pendorong,sahabat,teman,tempat bermanja juga bergaduh,malah kekasih yang di harapkan menjadi suri hidupnya.begitu perit rasanya berdepan dengan kehilangan natasya,namun kalau sudah itu takdirNya,apa lagi yang dapat dia katakan.Hadri tau dia perlu cari pengganti.namun hatinya tidak pernah terbuka untuk itu.tiada gadis setanding natasya.
‘siapa pula perempuan tadi.orang gaji baru..Endon ke?ish..dia cakap ok je tadi.tkde pulak dengar loghat endon.muda sangatla...sepertinya,potong bawang pun tak lepas.macam mana nak masak dan nak menjadi pembantu rumah.dia menggeleng kepala.macam manala mama boleh ambil perempuan itu jadi pembantu.
Sudah lewat benar hadri turun ke ruang tamu.tiba-tiba sahaja perutnya terasa lapar.petang tadi dia menolak bila mamanya mengajak.bukan tidak lapar,tapi keletihan lebih menggodanya untuk merebahkan badan ke tilam.
Hadri melangkah longlai ke dapur.qistina yang baru hendak keluar dari dapur terperanjat bila bertembung dengan hadri di muka pintu.berkelip-kelip dia memandang hadri.
‘errr…encik nak apa?encik nak makan ke..”ujar aliza.panggilan awak petang tadi sudah bertukar sementelahan dia tahu pemuda dihadapannya adalah anak kepada majikannya.dia gugup bila berdepan dengan lelaki itu.pandangannya yang tajam begitu menakutkan. ‘pandang orang macam nak telan”ngomelnya sendirian.
“Aku memang nak makan..ada lagi ke lauk petang tadi?”
“ada encik…kalau macam tu,encik duduklah dahulu.hadri hanya melihat gelagat orang gajinya itu.nak tergelak pun ada.kelam kabut la minah ni.macamlah aku mati kebulur kalau dia terlambat sesaat menyediakan makanan untuk aku.tapi tidak di nafikan,gadis itu cekap.
‘jemput makan encik..’ujarnya tersenyum.lega bila sudah selesai menghidang.dia berura-ura mahu masuk ke bilik bila di tegur hadri.
‘eiii...sakit telinga aku.tak payahlah kau nak berencik-encik dengan aku.nama aku hadri..panggil hadri dah la.kau dah makan?”
“err…dah encik..eh..hadri.saya nak masuk ke bilik dulu ye”
Dahi hadri mula berkerut seribu..gaya cicak yang tersalah telan kapur barus. “kau nak masuk,habis siapa yang nak kemaskan meja ni nanti??.dudukla dulu tunggu aku habis makan.’
qistina menelan air liur.terasa mahu menepuk dahi akan kelalaiannya itu.
“maaf encik.terlupa pula saya.”qistina menarik kerusi dan duduk mengadap hadri makan.
Hadri mengerling bila sekali lagi qistina memanggilnya dengan panggilan encik.kelakar dirasakan.macam dekat pejabat pun ada.macam dia tua sangat pun ada..
Hadri makan dengan berselera sekali.sudah lama tidak merasa masakan sedemikian.sesekali dia menatap wajah gadis di hadapannya.jelas terpancar keresahan pada raut wajah itu.dia tahu gadis tersebut lebih muda daripadanya.erm…memangla kekampungan gayanya.hanya memakai t-shirt dengan kain batik.gaya makcik-makcik aje..
‘apa nama kau?sejak bila kau bekerja dirumah ni?”
“saya…errmm..nama saya ain qistina.dah seminggu dah saya bekerja kat rumah ni.maaflah tadi,saya tak tahu siapa encik.dah seminggu saya di sini,tapi tak pernah nampak encik.Saya ingat encik orang luar..risau jugak saya.tetiba je terpacul kat dapur.entah-entah orang jahat ke,perompak ke..’jawab qistina panjang lebar.Dia ni kalau di biarkan bercakap memanglah tak nak berhenti..
Terjegil mata hadri bila dikatakan perompak..apa,muka penyangak ke aku ni..‘erm…aku outstation.seminggu takde kat rumah.”
“oooo…’qistina hanya menganggukkan kepalanya.Malas dia hendak bertanya apa-apa lagi bila melihat hadri yang berselera makan.dia mengemaskan meja selepas hadri naik ke atas.
‘Baik juga si hadri ni.ingat kan sombong.tak baik aku berburuk sangka kepadanya tadi.’
qistina bersyukur kerana dia di terima bekerja di rumah datuk murad.sekurang-kurangnya dia boleh membantu emak di kampung.wang yang di beri oleh datuk murad tempoh hari sudah di kirimkannya ke kampung. RM500 semuanya.pasti emak gembira.bolehlah membayar yuran sekolah adiknya Aisya yang akan mengambil spm tahun ini.bayar bil api,air,selebihnya membeli barangan keperluan rumah.malam itu dia mampu tidur di dalam senyuman.
No comments:
Post a Comment