Kelam seketika dunianya.baru tadi dia di kejutkan dengan berita yang tak dapat di terimanya.
Rasa loya,panas badan dari semalam membawanya ke klinik.ingatkan demam biasanya..namun dia terkejut bila di beritahu yang dia sudah hamil.dah nak masuk dua bulan.nasib baiklah tidak ke klinik keluarga.kalau tak nahaslah.pasti cepat sampai ke telinga papanya.dengan rasa berbaur,dia menelefon zack,tetapi telefonnya pula di tutup.tanpa arah tujuan dia merayau-rayau di suria klcc.hajatnya ingin mengurangkan resah di hati,tapi tak sangka akan berjumpa dengan zack.hancur hatinya.betullah jantan tak guna tu ada hubungan dengan heliza.dia mesti bersemuka dengan zack untuk menjelaskan kewujudan benih di dalam rahimnya itu.
Dalam hujan dia memecut Suzuki swiftnya.tidak di pedulikan lagi alam sekeliling.yang pasti,hatinya risau,sedih,kecewa,bodoh..semuanya berkecamuk.sudah dua lampu isyarat di langgarnya.gasaklah,kalau hendak saman,samanlah.sudah bingit telinganya mendengan hon yang di talakan kepadanya.namun dia terus memandu.dia tidak tahu kemana….
Nik farina menekan minyak sekuat hati.sakit hatinya bila terpandang zack bersama heliza.betullah rupanya desas desus yang di dengarinya sebelum ini. ‘siaplah kau zack.dasar lelaki penipu…baru sebulan yang lepas zack menafikan tidak pernah ada sebarang hubungan dengan heliza.tadi,di depan matanya sendiri dia melihat zack beriringan dengan perempuan itu keluar dari TGV di KLCC.
qistina menarik pasu bunga ke tengah laman.di gemburnya tanah di dalam pasu itu,supaya air dapat meresap dengan baik.barulah bunga yang di tanam subur dan berbunga dengan cepat.dia masih ingat pesanan arwah nenek kepadanya dahulu.neneknya lah yang suka berkebun dahulu.macam-macam yang di tanamnya.bunga,sayur-sayuran..pokok mempelam di depan rumah tu,sampai sekarang masih ada.nenek jugalah yang menanamnya.kadangkala bila memandang pokok itu,terasa sebak menghimpit di dada.terasa rindu kepada arwah.
Sedang asyik dia dengan kerjanya,tiba-tiba terdengar suara kucing yang mengiau-ngiau di luar pagar.
Qistina tersenyum girang,cepat-cepat dia berlari ke pagar.terus di pangkunya anak kucing itu.
‘ala…cayang buchuk-buchuk…nape mengiau ni..lapar ye cayang.keciannya kat dia…comot la kau ni.dah berapa tahun ni tak mandi ni..ermmm.’ujarnya perlahan sambil menggosok-gosok badan anak kucing itu.
qistima berkira-kira di dalam hati,apa salahnya aku pelihara kucing ni.comel juga anak kucing ni kalau dah di bersihkan.takkan la datin nak marah pulak…apa pun kena tanya mak kiah dulu.
‘mak kiah….tengok ni.qis jumpa kucing kat luar..kesian dia lapar..’
Mak kiah terkejut memandang anak kucing itu,seperti memandang hantu…
‘errr..nape mak kiah?tak boleh ke…’tanya qis serba salah.
“Takla…mak kiah ni takut kucing…”ujar mak kiah tersengih-sengih
“la…over act la mak kiah ni..ingatkan kenapa..kaku macam nampak hantu je tadi..kucing pun takut.ermmm qis bela kucing ni boleh tak mak kiah?erm…’soal qistina sambil mengerdipkan matanya..sengaja memancing reaksi mak kiah..Jelas terpancar raut wajahnya yang kerisauan.
‘terpulangla qis…tapi kenala jaga betul-betul.mak kiah tak boleh tolong.mak kiah takut..’
Qistina tersenyum memandang mak kiah. ‘yelah mak kiah……qis jaga.don’t worry mem.haa……..nak letak nama apa anak kucing ni…erm..apa ye..cici la.ok tak mak kiah?”ujar qistina meminta pendapat daripada mak kiah.
‘suka hati kamula qis oiii…cici ke cucu ke cicit ke..’balas mak kiah sambil tergelak.
Qistina lantas memandikan anak kucing barunya itu.dia tidak mahu anak kucing itu kelihatan kotor dan comot.nanti membawa penyakit pula.
‘ala….comelnya..sapa ni..sapa nama dia…cici ye..ala cute nya dia…’ujar qistina sambil membelai-belai si cici.sekarang takla dia bosan sangat,ada juga cici untuk bermanja.Kucing itupun sudah kelihatan semakin bermaya dan sihat setelah di mandi dan di beri makan.
Hadri membelek beberapa proposal untuk projek terbarunya.masih ada dua projek yang terpaksa di uruskanya.sebagai syarikat perunding,adalah penting untuk syarikatnya memberi nasihat serta membuat pemantauan dari segi budget quotation,jangka masa,untung rugi serta segala kemungkinan yang akan berlaku terhadap sesebuah projek yang di beri kepada syarikatnya.bukan dia tidak mahu bekerja dengan syarikat papanya,tapi dia lebih senang bekerja sendiri.lagipun syarikat itu hasil usahanya sendiri,malah elektrik adalah bidang kursus yang di ambilnya di universiti dahulu.
‘errm..en.hadri,miss atilia on the line.should I pass it?”seketika terdengar suara dina,setiausahanya melalui intercom.
Hadri mengeluh seketika. ‘ya..please’
‘hai hadri….how u doing?join me for lunch today,will u?please…..’
‘errmm….nop,sorry lia.i ada banyak kerja nak buat kat pejabat ni.mungkin lain kali eh..’
‘esok..boleh?’
Hadri menelan air liur.dalam hatinya membengkak.apalagi perempuan ni nak..tak faham bahasa betul.ni mama punya kerjalah ni.
‘nanti I free, I call u k.got to go.bye lia’ujarnya lantas meletakkan ganggang telefon.hadri meraup muka,lantas termenung seketika.apalah nak jadi dengan hidup aku ni.
Hadri tahu,dia tidak lagi seperti dulu.bukan dia tidak redha,malah dia sudah menerima pemergian natasya seadanya.mungkin,hatinya belum terbuka buat mana-mana gadis.masanya banyak di habiskan dengan bekerja.kadang-kadang,di hujung minggu keluar bermain tenis bersama si adif.tidak pun,melepak aje dekat rumah.waktu malam pula,biasalah orang bujang..berkumpul beramai-ramai.melepak di gerai-gerai mamak,menikmati angin malam.
Seketika dia teringatkan hal semalam..kelakar betul di rasakannya melihat si qistina bercakap dengan anak kucingnya.sampai senak perutnya menahan ketawa.kebetulan,dia pulang awal petang semalam.seusai menunaikan solat asar,hadri turun ke bawah.hajatnya nak ambil angin di tepi kolam buatan mamanya,memerhatikan ikan.namun,langkahnya terhenti bila terpandangkan qistina dengan seekor anak kucing.dari jauh dia memerhati dan mendengar tutur bicara gadis itu.
‘erm…cici nak tengok ikan ye…tapi mana boleh,ikan kan dalam air.takut air tak?cici terjun dalam kolam..lemaslah cici.nanti sapa nak selamatkan cici?kakak…jugak…’di usap-usapnya bulu si cici dengan jari jemarinya,sesekali di peluk ciumnya anak kucing itu.
‘cici…nanti masuk bilik.kakak nak masak.tapi sekarang…cici temankan kakak eh..kakak nak sapu sampah kat laman ni..nanti…akak teman cici main pulak ye…ala..comelnya..pandainya dia..’
Anak kucing itu hanya terkelip-kelip memandang si qistina.entah paham entahkan tidak apa yang di bebelkan tuannya itu.sekali tengok macam orang tak betul pun ada perempuan ni.bercakap dengan kucing kalahkan bercakap dengan orang…Hadri mengekek-ngekek ketawa bila masuk ke dalam rumah..ermm…macam-macam ragam.
Farina berbaring di atas sofa,majalah trendy itu di belek-beleknya.seketika matanya tertancap pada kaca televisyen.yang pasti,fikirannya ke lain.sudah beberapa hari dia berfikir-fikir,naik buntu fikirannya.
‘apa aku nak buat ni…kalau pun zack mengaku,dan mahu bertanggung jawab.apa yang aku nak bagitau dekat papa dan mama.takkanlah takde angin,takde ribut..nak kahwin.lagipun,aku masih belum habis belajar.kandungan pula sudah dua bulan,semakin hari semakin membesar..takkanlah nak gugurkan.macammana?’
Berpeluh-peluh dia memikirkan bala yang datang dalam hidupnya.
“cik farina,ni ada jus oren dengan bubur jagung.makanlah,mak kiah cakap…cik suka bubur jagung’
Ujar qistina sambil meletakkannya di meja berhampiran
‘takpe,letak aje kat situ.nanti aku makan.’ujarnya malas. qistina hanya mengangguk lantas kembali ke dapur.dia agak hairan dengan sikap farina dua tiga hari ni.asyik terperap aje di rumah,termenung pula panjangnya..mengalahkan orang kalah judi.kelat aje mukanya,di ajak makan pun tak mahu.
Seketika,qistina terasa seperti ada yang memerhatikannya dari belakang.Terus dia menoleh ke belakang.Terperanjat qistina bila farina masuk ke dapur.selama ni,tak pernah farina ke ruang dapur.
‘mak kiah ke mana?ermmm….’
“mak kiah takde cik farina.ada di biliknya.solat sekejap.cik perlukan apa-apa?”
Farina membuka peti sejuk.terjenguk-jenguk mencari sesuatu.
‘cik cari apa?boleh saya tolong?”
‘ada buah mempelam tak.teringin pulak nak makan cicah asam”
“oohh…nape tak cakap.ada,kebetulan mak kiah beli pagi tadi.’jelas farina.dia pantas ke almari mengambil buah yang di simpan.
‘kenapa tak simpan dalam peti ais?”
“erm…sebenarnya boleh.tapi buah mempelam ni tak sedap kalau di simpan lama dalam peti ais.nanti kecut buahnya,tak rangup lagi nak di makan.takpelah cik,nanti saya kopekkan..lepas tu hantarkan ke depan.’
Farina hanya mengangguk dan terus berlalu ke luar.
Mempelam sebiji besar di kopek,licin di habiskan farina.kena betul dengan tekaknya.dia terfikir seketika.betul agaknya orang mengandung suka makan benda masam-masam.bosannya hidup….terkenangkan lelaki tak guna tu,betul-betul membuatkannya sakit hati.
No comments:
Post a Comment