Qistina memberi salam.dadanya berdegup kencang menahan gementar,tidak pernah dia menjejakkan kaki ke banglo sebesar itu. ‘assalamualaikum…assalamualaikum…..’.tidak lama selepas itu terdengar salamnya dibalas.Kelihatan seorang wanita separuh abad datang kearahnya. ‘Ye nak….cari siapa ye”
Qistina tersenyum. ‘mak cik…saya Qistina.boleh saya berjumpa tuan rumah ni?Saya datang nak minta kerja.pagi tadi saya ada menelefon,puan suruh saya datang petang ni.’
‘ohh…..masukla..silakan.nanti makcik panggil datin.’
Berkerut dahinnya mendengar perkataan tersebut.‘Datin ??”Tetiba menitik peluh di dahinya.gerun seketika.bagaimana agaknya berdepan dengan seorang datin.Baik ke dia,atau berlagak sombong seperti yang selalu ditontonnya di dalam drama-drama swasta.
Datin maize mengorak langkah ke ruang tamu.dipandangnya sekilas gadis yang sedang duduk di sofa.
Qistina menguis-nguis kakinya dipermaidani lembut itu.tebal betul,mesti mahal harganya.kalau di rumahnya,hanya ada tikar getah aje.ada tidak pun tikar mengkuang ajelah buat alas.matanya melilau ke segenap ruang di banglo itu.tidak pernah seumur hidupnya memasuki rumah sebesar itu.kagum betul rasanya,alangkah bagusnya jika dapat memiliki rumah seindah ini.
Datin Maize merenung tajam kearah Qistina.dalam hatinya berkira-kira untuk tidak menerima gadis itu sebagai pembantu rumah.terlalu muda,boleh ke budak ni menjaga rumah ,memasak? entah-entah tidak pernah ke dapur.Silap-silap mak kiah pulak di jadikan babu oleh budak ni.Bukan dia tak tahu anak gadis zaman sekarang,berapa kerat sangatlah yang hendak membuat kerja rumah.Pemalas semuanya..hanya tau bergayut di telefon saja.Paling tidak pun menonton tv.Nak di harap mengemas?erm...haram.Tunggu rayalah agaknya.Namun,sejak seminggu lalu dia mengiklankan di akhbar untuk mencari pembantu rumah,tiada siapa yang datang.kalau begini keadaanya berlarutan,matilah dia hendak menguruskan semuanya.Memang mak kiah ada,tapi takkanlah nak di arah kan orang tua itu kehulu kehilir.tak patutlah.
Qistina gelisah bila di tenung sebegitu rupa.Mak datin ni,tengok aku macam nak telan.teruk sangat ke rupa aku ni.tanpa menunggu lama,dia terus pantas menghulurkan tangan untuk bersalam.
‘Assalamualaikum datin.saya Qistina…yang menelefon datin dua hari lepas.’ujar Qistina sambil tersenyum.Dia selalu memperingati pesanan ibunya.sedekahkanla senyuman untuk sesiapa saja.
Datin maize menjawab salamnya.Namun pandangannya agak sinis. ‘Betul ke awak nak keja di rumah saya ni? awak kan muda lagi.’
‘saya sanggup datin,saya tak kisah.janji pekerjaan yang halal.saya betul-betul perlukan pekerjaan ini datin.
‘Kenapa awak tak bekerja di kilang?jadi kerani ke..bukankah lebih senang,pergaulannya lebih luas.di sini,awak bagaikan terpisah dengan dunia luar.hidup awak hanya di rumah ni.boleh ke,awak tak kisah??’soalnya.Datin maize agak curiga.bukan ramai anak gadis yang mahu bekerja sebagai orang gaji.Entah-entah budak ni lari dari rumah agaknya..
Qistina memberanikan diri untuk berkata-kata. “Saya tahu datin..saya masih muda,banyak yang belum saya pelajari,tapi saya cepat belajar.tolongla..saya perlukan kerja ni untuk membantu keluarga.saya serius mahu bekerja.saya kerja betul-betul dan tak akan hampakan datin.percayalah’
Qistina memang nekad mahu mencuba nasib di rumah itu.Sudah seminggu lebih dia datang ke kuala lumpur.Kehulu-hilir dia mencari kerja tiap-tiap hari..namun masih belum membuahkan hasil.Dia tidak mahu menumpang lama-lama di rumah Adilah,teman sekampungnya itu.Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.Lagipun,apa pula kata teman-teman serumah adilah yang lain kalau di berlama-lama di rumah mereka.Dia memang memerlukan pekerjaan yang mampu menyediakan tempat tinggal untuknya.Asrama pekerja ke sekurang-kurangnya.Hendak menyewa,dia tidak mampu lagi buat masa ini.Mana dia hendak cekau duit hendak bayar wang pendahuluan rumah.Duit yang ada pun cukup-cukup aje..dia perlu berjimat.Ye,sejimat mungkin.dia ke kuala lumpur hendak membantu keluarganya,bukan hendak main-main.
“Awak reti memasak??’
Qistina mengangkat muka.lamunannya terhenti.berkerut sedikit dahinya. ‘Errrmm…boleh datin.Saya selalu tolong mak saya memasak.tapi masakan kampungla.kalau datin mahukan masakan barat,saya tak reti.Tapi takpe datin,saya boleh belajar perlahan-lahan’.
Datin maize mengeluh seketika.macam mana ni,kalau tidak diambil,siapa pula nak membantu mak kiah.Si Liza sudah berhenti bulan lepas.sejak itulah dia terpaksa membantu menguruskan rumah.nak di harapkan mak kiah seorang,apalah daya orang tua itu.Dia sendiri sudah penat,mana nak ke kelab puspanita,nak ke butiknya lagi…begitu juga kedai riasan dandanannya yang sentiasa perlukan perhatiannya.mana boleh di serahkan sahaja kepada pekerja.sebagai majikan,dia perlulah turun padang sama.
‘Ermm…baiklah.apa nama awak?’
“Ain Qistina datin”ujar Qistina perlahan.
“baiklah Qis…mulai hari ni,awak boleh bekerja di rumah ni.awak akan membantu mak kiah.saya tak kisah,awak nak mengemas,nak memasak atau apa.awak tanya pada mak kiah apa yang perlu di lakukan.yang penting,rumah saya ni terurus.Gaji awak,saya berikan dua kali sebulan.boleh?’
Terukir senyuman pada raut wajahnya. ‘Terima kasih datin…terima kasih banyak-banyak.jadi,bila saya boleh mula kerja datin?’
“Sekarang,boleh?mak kiah akan tunjukkan bilik tidur awak.Saya harap awak bekerja betul-betul,jangan sekadar melepaskan batuk di tangga.dan jangan sesekali cuai.Saya tak mahu berlaku sebarang kesilapan.faham!’
Qistina hanya menganggukkan kepalanya berkali-kali.dalam hatinya menarik nafas lega.esok bolehlah dia menelefon ke kampung.Pasti emaknya tidak risau lagi.Dia sudah mendapat kerja.syukur alhamdulillah.
Kelibat datin maize sudah lama meninggalkannya.Hanya mak kiah yang masih berceloteh.memberitahunya itu dan ini.apa yang boleh,dan apa yang pantang di buat di rumah tersebut.
Bulat matanya melihat bilik yang di sediakan buat dirinya.“ Mak kiah,ini bilik Qis ke mak kiah?”
Mak kiah hanya tersenyum. ‘Betullah…ni bilik Qis la.kenapa?tak percaya ke…ingat mak kiah main-main?”
“bukan apa mak kiah.besarnya bilik ni.cantik pulak tu.bilik orang gaji pun secantik ini,bilik empunyanya…tak taulah macamana ye mak kiah.mestilah lagi besar lagi cantik.
“Yelah qis…mestilah.qis kerjalah di rumah ni baik-baik.datuk dan datin baik orangnya,pemurah.dah bertahun-tahun mak kiah bekerja di rumah ni.dah macam rumah mak kiah dh.kalau tak di izinkan lagi mak kiah di sini,tak taula ke mana mak kiah nak membawa diri.’
Qistina menoleh ke arah mak kiah.sebak sekali suaranya. ‘keluarga mak kiah??’
“mak kiah dah takde sesiapa Qis.dulu suami mak kiah askar.dia meninggal ketika bertugas.mak kiah pulak memang takde anak.mungkin dah takde rezeki,mak kiah pun senang hidup begini.keluarga ni pun dah macam keluarga mak kiah juga.’
Sedang bercerita tiba-tiba terdengar teriakan dari luar.terkocoh-kocoh mak kiah keluar menghala ke ruang tamu.
Nik Farina membebel tak berhenti-henti.Katanya sudah lewat untuk ke kolej.sudahlah lambat,kunci kereta pula tidak tahu di mana letaknya.
“Empunya kunci yang meletakkannya merata-rata,kenapa orang lain yang hendak di marah”rungut qistina di dalam hati.dia masih bingung,siapa agaknya gadis itu.anak kepada datinlah agaknya.cantik,bergaya,pakaiannya juga bagus.maklumlah…anak orang berada.’
Qistina memberanikan diri keluar dari dapur. “Cik,boleh saya tolong?”
Nik farina memandangnya pelik. “kau siapa?sejak bila ada kat rumah aku ni?” di pandangnya qistina dari hujung kaki ke hujung kepala.Muka tak payah cakaplah..macam bagus je..
“Saya pembantu rumah baru cik.baru hari ni saya mula bekerja.erm…boleh saya bantu,cik cari apa?”
“hmmm…alang-alang kau ada kat sini,tolong aku cari kunci kereta aku.tak taulah mana hilangnya.aku dah lambat ni”
Qistina terus terbongkok-bongkok,mencari ke sana ke mari.mak kiah juga begitu.Nik farina membentak-bentakkan kakinya.bengang betul lagaknya.Bukannya hendak mencari sama.Dia marah-marah,agaknya kunci tu datang sendiri malayang-layang depan muka dia.
Qistina membongkok bila kakinya terpijak sesuatu.bersinar matanya. ‘Cik,ini kuncinya,ada kat bawah meja ni”
Nik farina mendengus,kemudian meragut kunci itu pantas dari tangan qistina.Lalu berlari-lari keluar.Qistina hanya melongo seperti orang bodoh.
Mak kiah mendekatinya. ‘Jangan amik hati qis,farina memang macam tu.dia panas baran sikit orangnya.
No comments:
Post a Comment