Qistina merenung bumbung rumahnya.hujan yang mencurah-curah turun membingitkan telinga bila menghentam rumahnya yang masih beratapkan zink.Tadi,habis basah lantai papannya di dapur, ada atap yang bocor.sudah kerap kali berlaku,tapi masih begitu.tidak mampu mengupah orang untuk membaikinya.Kalaulah arwah ayah masih ada pastinya tidak begini keadaan mereka sekeluarga.Hanya hisyam yang diharapkan untuk membantu mereka sekeluarga.tapi apalah dayanya,gaji sebagai kerani di pejabat felcra berapa sangatlah yang mampu di sumbangkan untuk keluarga.Dia sendiri pula hanya terhenti setakat tingkatan 6.Keputusan STPM yang baru diumumkan beberapa bulan yang lepas langsung tidak mengujakan dirinya.Tidak seperti teman-teman lain yang bersorak-sorai meraikan kecemerlangan masing-masing.Bukan kerana keputusannya tidak bagus,malah cukup bagus untuk memohon ke universiti,tapi keadaan kewangan keluarganya tidak mengizinkan dia untuk meneruskan cita-citanya.Memanglah dia boleh memohon biasiswa atau pinjaman pendidikan,tapi itu hanya cukup-cukup untuk membiayai pelajarannya sahaja.Bagaimana pula dengan emak dan 3 orang lagi adiknya yang masih bersekolah.Tidak sanggup rasanya dia hendak membiarkan emaknya berhempas pulas seorang di kampung.
‘kalaulah aku mampu untuk belajar lagi,kan bagus.dapatlah menjawat jawatan yang lebih tinggi,dapat membantu emak.Tak usahlah emak bersengkang mata hingga ke pagi mengambil upah menjahit,kemudian bangun pula di dinihari untuk memasak nasi lemak.belum nampak tanah lagi,aku mengayuh basikal menghala ke kedai kak milah untuk menghantar nasi lemak.Sudah 3 tahun arwah ayah pergi kepangkuanNya,dan sejak dari itu kehidupan kami sekeluarga makin terhimpit.adik-adik pula masih bersekolah.Aisya di tingkatan 5,Mirdah di tingkatan 1,hakim pula baru menginjak ke darjah lima’.
Qistina tersedar bila terdengar bunyi bising dari dapur.pasti emak sudah bangun untuk memasak.Pantas dia bangkit dari pembaringan.di regangkan kedua–dua belah tangan,sambil menggeliat.Tuala kecil yang tergantung di ampaian besi di sisi katil dicapainya.
“Erm…Awal mak bangun,banyak ke mak nak masak hari ni??”soal qistina sambil melenggang malas ke bilik air untuk membasuh muka.
“ macam biasalah ngah,tapi mak buat karipap hari ni.Cikgu Diana yang tempah.ada mesyuarat dekat sekolah katanya.”
Qistina hanya mengangguk mendengar butir bicara ibu kesayangannya itu.Tanpa membuang masa dia mula membantu emaknya menumis sambal nasi lemak dan menggoreng kacang tanah.Emaknya pula sibuk membungkus.begitula rutin harian dua beranak itu di waktu dinihari.
“Mak..sampai bila lah agaknya kita nak hidup susah macam ni ye.Qis ni,dah besar panjang pun masih menyusahkan mak,tak dapat tolong mak pun”gumam qistina perlahan sambil mengelap daun-daun pisang yang digunakan untuk membungkus nasi lemak.
Fatimah menoleh ke arah anak gadisnya itu.tajam sekali renungannya.
“Apa yang kau merepek ni qis,kau tu anak mak.Selama hari ni,banyak benar kau tolong mak tiap-tiap hari.soal susah atau senang..itu semua ujian.jangan sesekali mengeluh,mempertikaikan kehendakNya.Yang penting qis..kita sebagai hambanya,tidak berputus asa dan sentiasa berusaha.redha..dan banyakkan bersabar.insyaallah…allah akan mendengar doa kita nak..”
“yelah mak…qis faham.Takpelah,kita bersusah-susah dahulu.manalah tau suatu hari,kita akan berjaya.jadi kaya..betul tak mak? Nanti…kita bukak restoran,jual nasi lemak.Tak pun..bukak butik…Cik Fatimah Butik”ujar qistina sambil tersengih dia memandang emaknya
“ishh..budak ni.Kalau bab berangan..memang bagi kat dialah”
“Bukan beranganlah mak..tapi impian.Dari impian barulah jadi kenyataan.Mak ni..cakap qis berangan pulak.sepatutnya…mak doakan anak mak ni tau.Barulah boleh cepat-cepat qis bukak Cik Fatimah butik tu untuk mak..”balas qistina sambil tergelak.
“yelah kamu tu..Mak tak pernah lupa doakan anak-anak mak.Kamu tu,doakan lah plak untuk diri sendiri.Selalu buat solat hajat..doa dan solat itukan senjata orang mukmin.Tak rugi selalu berdoa,dan bersolat hajat.Jangan bila ada musibah,baru nak ingat tuhan.Sudah la tu qis,pergi ambil wuduk solat subuh,dah pukul berapa ni.kejap lagi budak-budak tu bangun..berebut pulak nak mandi”
“erm..yelah mak..qis pergi mandi,solat subuh kejap”
Fatimah hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat anaknya itu.Qistina anaknya yang baik,pandai,malah tidak keterlaluan rasanya kalau mengatakan anaknya itu cantik.Besar jiwanya,tinggi cita-citanya.Tapi dia tidak mampu untuk membantu anaknya untuk terus menapak mengejar impiannya.Hanya doa yang selalu diiringkan buat qistina dan anak-anaknya yang lain.Walaupun tidak sesenang mana,namun dia tetap bersyukur..setakat hari ini,tidak pernah anak-anaknya tidak makan.Tidak pernah dia meminta-minta pada orang lain..malah anak-anaknya juga anak yang mengikut kata.Pandai dalam pelajaran di sekolah,tidak membuat onar,dan mereka semualah syurga dunia buat dirinya selepas kehilangan suami tercinta beberapa tahun lepas.
No comments:
Post a Comment