BAB 1
Hadri membelek-belek kertas projek yang akan dibentangkannya sekejap lagi.Muka nya begitu serius meneliti segala maklumat yang ada.dia tidak mahu projek tersebut gagal dan tidak mendapat sokongan daripada pelabur.deringan telefon bimbit mematikan tangannya. ‘Hello..ye mama.ada apa?’tanya nya malas.tiada apa yang penting biasanya jika mama yang menelefon.
“hadri buat apa hari ni.balik rumah awal sket ye.kita ada tetamu hari ni,kawan mama.datin rokiah..Anaknya Linda baru je pulang dari luar Negara.mama ajak diaorang sekeluarga datang makan malam..”.
Hadri mengeluh.Mama ni dah tak ada kerja lain agaknya.Anak orang lain yang balik dari luar negara,mamanya pulak sibuk nak buat makan-makan.erm…dia dah agak dah apa yang ada di benak mamanya.tak habis-habis nak memadankannya dengan anak-anak kawannya.linda lah,tirahlah,mimilah…bukan tak cantik,cantik.tapi terlalu sosial dan seksi.cukup tak berkenan dia rasakan.mantanancenya tinggi pulak tu.Semua barang hendak yang branded saja,maklumlah anak datuk.anak tan sri.semuanya berlagak dengan harta masing-masing.tak larat rasanya mahu melayan kerenah mereka.tapi..ada juga yang baik budi pekerti,lemah lembut,serta memahami..malangnya,dia yang tidak mampu untuk menerima kehadiran mereka.
‘erm…hadri ada hal la mama malam ni.dinner dengan client.takpe,mama layanla kawan mama tu ye.kirim salam kat untie rokiah dengan linda.hadri betul-betul tak boleh,client penting ni ma..’
Datin Maiza menarik muncung,bukan dia tak tahu alasan anaknya yang satu itu.susah benar nak di padankan.entah apa yang tak kena dengan calon-calon pilihannya.nak kata hodoh,lawa.nak kata tak pandai,belajar sampai ke luar Negara,tak berharta? tak habis agaknya tujuh keturunan.apalagi yang di cari?geram betul dia mengenangkan sikap nik amirul hadri ni.
‘Assalamualaikum…..akak..akim balik ni…’laung halim di pintu dapur sambil menanggalkan kasut sekolahnya.Dia sudah tahu,kalau tengahari macam ni..memang kakaknya sibuk di dapur.
“waalaikumussalam…”jawab qistina perlahan.tangannya sibuk mengacau sambal di dalam kuali.Hendak di buat pajeri terung.Namun sempat lagi matanya melingas,memerhatikan langkah adiknya yang lesu.penat barangkali mengayuh basikal.
Hakim menghampiri meja makan.Beg sekolahnya di letakkan perlahan di atas kerusi.Air sirap merah di dalam jag di tuang,dan di hirupnya rakus.Menghilangkan dahaga.
“Akak masak ape hari ni..akim lapar dah ni kak.tengahari tadi makan mihun goreng aje kat kantin..”
“la…yang kau makan mihun aje kenapa.makan lah nasi..duit tk cukup ke??”soalnya pantas.Tidak senang hatinya mendengar rungutan si adik yang kelaparan.Bukan dia tidak tahu,si akim lah yang paling susah hendak di suruh makan.badannya pun kurus saje.Selalu dia mengusik adiknya dengan mengatakan tulang rangkanya yang nampak jelas itu,boleh di buat gitar.
“memanglah cukup duit mak bagi kat akim..tapi tadi ada hal sikit.akim bertugas dekat perpustakaan.ramai pulak budak yang hendak pinjam buku.tu yang lambat sikit akim ke kantin.Tengok-tengok makanan pun dah habis,itu ajelah yang ada.mihun pun mihun la kak…’ujarnya sambil tersengih.makin lebar sengihannya bila membuka tudung saji.
“wa…akak masak sedap la hari ni..asam pedas ikan sembilang..favourite akim ni..sambal belacan dengan pucuk ubi pun ada.akak..akim nak makan..”
Qistina hanya tersenyum melihat keletah adik bongsunya itu.Akim memang begitu.Ada saja keletahnya yang menghiburkan.Walaupun sudah berada di darjah 5,tetapi perangainya masih begitu.masih manja,mengada-ngada.Ah…akim memang buah hati maknya,pengarang jantung arwah ayah..Yelah,anak lelaki bongsu.Semasa arwah masih hidup,memang akimlah yang rajin menemankan arwah.kemana saje..berkepit mereka dua beranak.ke kedai,ke kebun,surau..waima ke tempat kenduri arwah ataupun sembahyang hajat pun adiknya rajin mengikut.semasa arwah ayah meninggal akim baru berumur 8 tahun.Adiknya itu di lihatnya biasa sahaja.dia tidak menangis…hanya melihat sahaja.Ah,budak-budak..apalah yang dia tahu erti kehilangan.Tapi qistina tau adiknya faham yang ayah mereka sudah tiada lagi.Dia tidak pernah bertanyakan apa-apa selepas itu.Kasihan adiknya,sekejap Cuma dapat merasakan kasih sayang ayah.
“Erm..yelah..akak taulah kau lapar akim oiii…tapi,akak nak adik akak ni…angkut beg tu masuk bilik dulu.tukar baju.baru makan…cepat.kita makan sama-sama dengan mak.Kejap lagi mak balik lah tu.”
“mak ke mana kak…??”
“Ke rumah kak sah.Hantarkan baju yang dia tempah..”
Akim dilihatnya menganggukkan kepala,tanda memahami.dengan pantas dia memanjat tangga untuk kebahagian atas rumah.
Qistina termenung sejenak di penjuru katil.Terngiang-ngiang lagi suara kak milah dengan mak jah petang tadi..Terasa sakit,pedih ulu hatinya.geram pun ada…ikutkan hati,rasa nak di tenyeh-tenyehnya mulut mereka berdua dengan cili padi.Suka-suka hati aje nak kutuk aku,nak mengata mak aku,kat depan-depan muka aku ni.melampau betul!
“hai qistina...menyapu ke..’sapa kak milah yang entah dari mana datang melenggang dengan mak jah.
“haah kak milah,mak jah..sapu daun-daun kering ni je..banyak pulak kat depan rumah ni.Dari mana ni ?”tanya qistina berbahasa.Dia bukan biasa sangat dengan kak milah,dengan mak jah tu.Malah,satu kampung tahu macam mana perangai mereka yang suka mengumpat,dan menjaja hal orang.
“hmm…aku dengan kak milah kamu ni dari rumah mak cik yam..tengok menantunya yang baru bersalin.Mak kamu mana qis??ke kebun ke dia??’sela mak jah pula.
“Eh..mak ada kat dalam.Baru balik dari kebun sekejap tadi.Emm..nanti sekejap ye mak jah,qis panggilkan mak”ujar qistina berura-ura hendak memanggil emaknya.
Namun Qistina hairan pula bila melihat mereka berdua yang saling jelling menjeling.Kenapa pula?
“err..tak payah lah qis.kami pun dah nak balik ni.Biarlah mak kau tu..eh,ni akak nak tanya kau ni…kau dh tak nak sambung belajar ke?soal kak milah beria.
“Entahlah kak..nak juga.tapi sekarang tak boleh la kak..Qis kena tolong mak,adik-adik dulu..belajar ni pakai duit kak milah,mana nak cekau..nanti kalau ada rezeki,qis sambunglah.”
“ehh..abang kamu kan dah bekerja.takkan tak boleh tolong..hmm’
‘memanglah..abang pun ada jugak tolong mak.tapi kesian lah kat abang nak kena tanggung qis belajar.gaji dia berapa lah sangat..”
“Hmmm..kalau macam tu..ape susah qis..suruhlah mak kamu tu carikan ayah baru untuk korang adik beradik…tak payahlah kau susah-susah lagi”ujar mak jah selamba,siap boleh tersenyum-senyum lagi dengan kak milah.
Berdesing telinga qistina mendengar kata-kata mak jah yang di rasakannya tidak wajar langsung.bergurau ke apa orang tua ni…
“Hisshh..mak jah ni..ada pulak cakap macam tu..’jawab qistina,masih mampu mengukir segaris senyum di bibir mungilnya.
“apa pulak,,betul tu qis.Suruh ajelah mak kamu tu cari laki baru.Lagipun,kak milah ni ada dengar jugak orang-orang kampung bercakap..yang mak kamu tu memang teringin nak berlaki lagi.Tiap-tiap hari ke gerai pak leman..menghantar kuih,hantar nasi lemak..tapi yelah,apa orang kata..sambil menyelam..sambil minum air.Kat gerai pak leman kau tu kan ramai orang-orang jantan yang selalu duduk minum kopi kat situ..’
“Haah..pilih aje yang mana berkenan..kalau tak dapat duda,laki orang pun takpe..apa salahnya..”tambah mak jah pula.
Telinga qisitna sudah merah menahan marah.Terasa menyirap darahnya ke muka..dia bukan budak bodoh untuk tidak memahami apa yan cuba di sampaikan oleh kak milah dan mak jah.Namun dia tidak mahu berkurang ajar dengan orang tua.kalau ikutkan hati,nak sahaja dia lempang muka mereka berdua.
“Ntahlah kak milah,mak jah…setakat ni hidup kami sekeluarga masih bahagia.walaupun ayah dah takde..tapi mak masih mampu jaga kami.Tak perlulah ada ayah baru..mak pun tk mungkin cari pengganti arwah ayah…qis tahu..’
“ahh..kau budak lagi qis..apelah kau tahu qis..mak kau tu muda lagi kalau nak di ikutkan.baru 44tahun kan kalau tak silap mak jah.apelah salahnya..mestilah dia nak ada orang yang dapat jaga dia..belai dia..”
“Orang cantik la katakan mak jah….”ujar kak milah pula.
“mak tak macam tu mak jah..kak milah.qis tau mak macam mana”balas qistina tidak mahu kalah.dia mesti mempertahankan emaknya.
“eii..kau ni,aku cakap bukan kau nak dengar,kau tu manalah tau..mak kau tu dh merenyam sangat nak berlaki..satu kampung dah heboh..”
“mak jah!!!”tempik qistina.Sakit hatinya bukan kepalang.
“qis tahu,qis kenal siapa mak qis.tak perlu mak jah..kah milah nak cakap apa-apa!!”ujarnya tegas.Penyapu lidi di tangan,dihempasnya ke tanah.Berlari dia masuk ke rumah.
No comments:
Post a Comment