Friday, 15 April 2011

Cintaku Qistina (7)

 ‘apa,kemalangan??.habis tu nita macam mana?’soal datin maize cemas.
‘oohh..kak nita selamat datin.tapi masih lemah.tangannya patah,kena tahan dekat ward.mungkin kena masuk besi tangannya tu.nasib baiklah kedua-dua anaknya takde pape datin’keluh fatihah.dia sendiri terkejut bila mendapat berita kemalangan sahabatnya itu.
Datin maize termenung seketika.bukan dia tidak bersimpati dengan musibah yang menimpa pekerjanya itu.tapi dengan ketiadaan nita, pastinya banyak kerja di butik itu akan tergendala.nita boleh di katakan pembantunya di busana indah,jika dia tidak ada..nitalah yang menguruskan segala urusan butik.dia menaruh kepercayaan yang tinggi kepada nita.bukanlah dia tidak mempercayai pekerja-pekerjanya yang lain.fatihah,nina,tini,dan wawa juga merupakan pekerja yang cekap.mungkin pengalaman mereka tidak seluas nita.lagipun,antara mereka berlima,nita yang paling tua.manakala yang lain masih dua puluhan.nina baru sahaja berkahwin,tini juga sudah bertunang..tinggal lagi fatihah dan juga wawa yang masih terlalu muda.fatihah baru mencecah 23 tahun,manakala wawa pula 19 tahun.habis sahaja stpm,wawa tidak melanjutkan pelajaran..masalah kewangan katanya.
“datin…erm,sepatutnya petang nanti kak nita ada appointment dengan client datin.macam mana ni?”soal nina.tangannya masih melekat pada mouse,menyemak segala urusan butik.
“client..sapa nina?”
“ siapa lagi,puan syarifah hani.dia menjemput kak nita ke rumahnya di damansara.katanya nak lihat rekaan terbaru butik kita ni datin..’
‘oo..macam tu.if that so,u ajelah yang pergi nina.u pun bukan tak biasa dengan puan syarifah tu.biar yang lain uruskan butik.’
“baiklah datin..”ujar nina sambil mengangguk-ngangguk.


Datin maize perlahan-lahan menyapu monsturiser ke mukanya.kemudian melangkah ke katil.Dato murad hanya memerhatikan isteri yang sudah 30 tahun di kahwininya.
“kenapa dengan awak ni maize..nampak risau aje dua tiga hari ni.awak ada masalah ke?”soal datuk murad.Prihatin jugak orang tua ni..
“takdelah bang..erm..Cuma butik saya sekarang ni,kekurangan pekerja.nita kan kemalangan,terpaksalah yang lain ambil alih tugasnya.risau juga saya…tempahan banyak sekarang ni.pening kepala saya sehari dua ni..tak menang tangan..’
“la.itu pun masalah.awak amiklah pekerja sementara nak tunggu nita baik.”
“bukan senang abang ooiii..nak cari orang muda yang ada bakat dalam jahit menjahit ni.diaorang lebih suka kerja dekat kilang.dah seminggu dah saya suruh si tini tu carikan orang..kalau-kalau ada yang berminat nak bekerja kat butik saya tu..”
“ermm…cubalah cari perlahan-lahan.nanti adalah tu..’datuk murad menarik selimut.matanya semakin kuyu,penat betul rasanya.tadi pun,pukul 8 mlm baru dia sampai ke rumah.
“alah abang ni…cakap senanglah”gumam datin maize.geram melihat sikap acuh tidak acuh suaminya itu.ingatkan prihatin sangat..baru mengadu..dah dia tarik selimut.geram sungguh hatinya melihat kerenah si suami.Tak sampai sekejap,dia turun dari katil.
“ehh…awak nak kemana pulak ni..’
“haus..minum air kejap”balas datin maize.kakinya menapak keluar dari kamarnya.perlahan-lahan dia menuruni tangga ke dapur.ketika melewati kamar qistina,dia melihat pintunya terbuka sedikit.kamarnya ternyata masih cerah.datin maize memberi salam,lalu menolak  pintu kamar qistina.
“ehh…datin..ada apa datin?”ujar qistina.kaget seketika bila berdepan dengan datin qistina.bermacam perkara yang berlegar di mindanya.entah-entah,hadri ada memberitahu datin yan dia ada membela kucing.
Datin maize tersenyum. ‘takdelah..saya turun hendak minum air tadi.ternampak bilik qis masih cerah.kenapa tak tido lagi ni?”
‘err..eh,takdelah datin.saya tengah menyulam tadi..datin nak minum air apa,saya buatkan”jawab qistina.Pantas dia berdiri,berura-ura mahu ke dapur.memang dia kekok berbicara dengan datin maize.lagipun,datin jarang bercakap dengannya.
“Eh..awk nak kemana.tak payah..saya nak minum air kosong je..duduklah.menyulam?awak sulam apa?”berkerut dahi datin maize.Tidak pernah dia tahu gadis itu pandai menyulam
Serba salah qistina dibuatnya.salahkah apa yang dia buatnya.namun,dia memberanikan diri untuk menjawab. ‘alas meja datin.saja je buat,lagipun memang saya suka menyulam..saya harap datin tak kisah”
Datin maize mencapai sulaman alas meja yang hampir siap itu.terpegun seketika.halus buatannya,cantik sekali.
“cantik qis.awak yang buat ni?halus jahitannya..mana awak belajar ni?”
Qistina menarik nafas lega.ternyata datin maize tidak marahkan dirinya.Siap puji lagi..
“emak saya yang ajar datin.dekat kampung dulu,selalu lah juga saya ambil upah menyulam..nak tolong mak.’
‘oohh……macam tu.awak pandai menjahit?”soal datin maize.tiba-tiba dia mendapat idea.
“bolehla sikit-sikit..kalau jahit baju kurung,kebaya,baju melayu tu bolehla datin” qistina mula merasakan kemesraan dengan datin maize.ternyata datinnya itu,tidaklah sesombong mana.malah,sudi mengetuk pintu biliknya hanya sekadar untuk bertanya khabar.
“bagusla qis.sekurang-kurangnya awak boleh menolong keluarga awak.awak masih muda,kenapa tidak melanjutkan pelajaran.kan boleh buat pinjaman pendidikan”
“saya belajar sampai tahap stpm aje datin.saya tahu boleh membuat pinjaman pendidikan.tapi saya masih tak mampu datin.ayah dah lama takde,saya tak sanggup nak tengok emak bekerja keras siang malam mengerah keringat untuk menyekolahkan adik-adik.biarlah saya beralah datin’terang qistina.
“Kalau macam tu,kerjalah baik-baik kat sini qis.Saya ni nak bayar gaji awak banyak-banyak pun..tak boleh.tapi kalau ada ape-ape masalah,perlukan duit ke..bagitau je.Insyaallah..saya tolong”Pesan datin maize.
Qistina mengguk sambil tersenyum manis.
“oklah.dah lewat ni.saya pun nak naik tido ni.awk pun tidolah.tak elok berjaga lewat malam.esok nak bangun awal”
“yelah datin..selamat malam.assalamualaikum’
“Waalaikumussalam..’balas datin maize,lalu menutup pintu bilik qistina.

Datin maize cuba untuk tidur.tetapi entah kenapa,susah benar untuknya melelapkan mata malam itu.dia teringat perbualannya dengan qistina.pada mulanya memang dia ragu akan keikhlasan qistina untuk bekerja sebagai pembantu di rumahnya,namun ternyata qistina tidak menghampakannya.dia cekap,walaupun masih muda..qistina dapat melakukan semua kerja di rumah ini dengan sempurna.dari menguruskan rumah,memasak,dan mengerjakan tanaman rosnya di taman,semuanya di lakukannya dengan baik.walaupun dia jarang berada di rumah,tapi dia tahu semuanya dari mak kiah.Qistina…gadis itu terlalu polos.lurus budaknya.Kalu dia dia agak kasar bila bercakap dengan qistina..entah kenapa.mungkin sikap qistina yang teragak-agak membuatkannya suka meninggikan suara bila bercakap dengan gadis itu.Dia pantang kalau bercakap dengan orang yang spesis macam tu..seperti tiada keyakinan.Walhal bukan ada buat salah ape pun…Qistina..qistina..mungkin dia salah seorang dari gadis kampung yang masih utuh peribadinya,masih kuat berpegang pada adat dan agama,masih menghormati orang yang lebih tua,malah tidak keterlaluan jika di katakan masih hingusan dalam mengerti kehidupan sebenar di Bandar besar seperti kuala lumpur.penuh dengan kepura-kepuraan,kehidupan yang terlalu bebas.
Seketika mengelamun,dia terkenangkan anak gadisnya farina.sudah lama dia tidak meluangkan masa bersamanya.farina pastinya jauh berbeza jika di bandingkan dengan qistina.anak gadisnya itu lincah,berani,petah berkata..manja,namun agak kebelakangan ini..farina sudah pandai membantah cakapnya,cepat memberontak..


No comments:

Post a Comment