Sunday, 10 April 2011

Lafaz yang tersimpan



Ada sesetengah orang...biasa dan selalu cakap syg kat mak ayah dia..
Tapi aku percaya,ramai jugak di kalangan kita yang jarang melakukan demikian.
Mungkin dari kecik,dah terbiasa macam tu..
Susah nak ckap.."syg mak.."atau pun.."syg ayah.."kenape ye??
Aku pun sama jugak..hehe..
Tapi aku harap dengan segala perlakuan dan tingkah laku aku terhadap mereka berdua..
mereka faham yang aku memang...teramat-amatlah sayang dekat ma dgn abah aku..pembetulan..
arwah abah aku..Len kali,aku cerita pasal ma aku..rite now..aku nak cite pasal abah aku..

Macam mana ye aku nak cakap...Sayang aku pada abah,tak terhingga..tak terucap..tak terungkap..
Dari kecik,memg aku rapat dengan abah..terlalu banyak pengorbanan dia terhadap aku..kami adik beradik.
Tapi sayangnya..aku tak sempat,membalas budi..abah pergi ke sisi-Nya,sebelum sempat aku habiskan
degree aku..masih baru..adalah dlm 3 thun..kenangan bersama arwah tu masih segar lagi di hati.

Masa tu...aku rasa sedih sangat.Rasa sebahagian dari diri aku dah takde..rasa dah tak bersemangat nak 
habiskan belaja..Tapi bila difikirkan balik,apa salahnya aku habiskan belajar.Ini yang arwah nak aku lakukan.
Abah yang beria-ria nak aku sambung degree.Ikutkan hati aku masa tu,aku dah malas nak sambung..
biarlah setakat diploma aje..

Bila abah dah tkde...terasa betul2 kehilangan..Aku ingat lagi,first time aku balik ke kg..ms cuti sem..
tkde org dah nak amik aku kat stesen bas.Klu dulu abah yang awal2 lagi terpacak kt stesen bas,tunggu aku.
Masa tu,tak dapat nak di gambarkan macammana perasaan aku.Masa first time raya tanpa arwah,lagilah..
takde maknanya raya..aku rasa nak meraung,menangis aje kat kubur tu..tp aku ni..ntahlah.jenis cover sket..
tak reti nak nangis depan orang..tahan ajelah..huuhuhuk..

dulu..aku pelik.kenapa perlu ada situasi ni..

insan 1:Ayah awk chat?

insan 2:erm..ayah saya dah tkde.dah meninggal...

insan 1:Ohh...maafkan saya.saya tak tahu..

Persoalan aku..kenapa insan 1 perlu mintak maaf.Bukan salah dia pun,klu ayah insan 2 tu dah takde.lagipun 
dah dia memang tak tahu.nak wat cmana..
Tapi bila aku sendiri dah berada kat situasi insan ke 2 tu..baru aku faham macamana.Memang wajar insan pertama
tu mintak maaf.Soalan dia mengenai ayah tu..sedikit sebanyak telah mengguris hati insan ke 2..

Bila orang tanya tentang ayah..aku jadi tak tahu nak cakap apa.Rasa sebak tetiba..beratnya rasa hati..bila nak ckp 
yang ayah saya dah tkde..

Kadang-kadang bila terkenangkan arwah..memang aku tak boleh tahan air mata..mesti nak tangkap leleh..
terasa rindu tu takkan terubat..

Buat kalian yang masih ada ayah dan ibu...hargailah mereka..buat mereka bangga.Janganlah berkasar...dan menyakiti 
hati mereka...Jadilah anak yang soleh dan solehah..

Semoga hidup kita diberkati,dunia dan akhirat..amin...

No comments:

Post a Comment