Friday, 15 April 2011

Cintaku Qistina (8)

Farina berlari-lari anak ke keretanya.dia mahu segera meninggalkan tempat itu.air matanya tidak henti-henti mengalir ke pipi.sedih benar hatinya dengan perlakuan kekasih yang selama ini di pujanya.hari ini zack telah memalukan dirinya di khalayak ramai,betapa rendah harga dirinya ketika itu.
Melihat kelibat zack bersama-sama heliza di café,betul-betul menaikkan kemarahannya.patut la zack makin berubah.jarang mahu meluangkanmasa untuknya,malah..langsung tidak mahu mengambil tahu perihalnya lagi.sudah lama dia bersabar,memendam rasa.sakit hatinya melihat heliza yang meliuk lintok di bahu kekasihnya.tanpa mempedulikan mata-mata yang melihat,farina mengorak langkah mendekati pasangan sejoli itu.apa nak jadi,jadilah..bentak hatinya.
‘hoi perempuan,kau dah takde laki lain ke nak menggatal??boyfriend orang jugak yang kau nak rampas!!”sergah farina.air oren yang masih berbaki di atas meja di simbahnya ke muka heliza.tidak cukup dengan itu,ditariknya kolar baju heliza dengan kasar.geram betul dia melihat perempuan yang berlagak sopan itu.bukan dia tidak tau siapa sebenarnya heliza.
Zack yang masih terkejut dengan kehadiran farina hanya mampu melihat.dia kaget seketika.
Heliza mencerlung tajam kearah farina.dengan keras menolak farina hingga terduduk ke lantai.
“kau cakap baik-baik sket eh.siapa yang rampas pakwe kau?Zack yang cari aku tau!aku tak pernah nak tersua-sua cari dia.tak macam kau!perempuan murah!”jerit heliza geram.merah padam mukanya menahan marah.malu mukanya di simbah air di khalayak ramai.Alang-alang dah malu,biar sama-sama malu.
Zara dan atikah yang melihat kejadian itu terus meluru kearah farina,dan membantunya untuk bangun.
“sabar rina,sabar..jangan buat kecoh kat sini..ramai orang ni.malu tau tak..”ujar atikah sambil memegang lengan sahabatnya itu.
“kau ke tepi tikah.biar aku ajar perempuan tak guna tu!!kau ingat kau cantik sangat ke?kalau kau tak menggatal,tergedik-gedik goda si zack..dia takkan tinggalkan aku tau tak!!”tingkah farina.zara yang memeluk,di tepisnyanya kasar.
Heliza hanya tersenyum sinis.dia berjalan menuju kearah farina.Berlagak betul
“oii perempuan jalang..dengar sini aku nak cakap.pakwe kau?ada aku kesah?kalau memang aku goda zack kenapa?heii..kalau kau cukup bagus,dia takkan tinggalkan kau.tu..dalam perut tu,anak sapa yang kau kandungkan tu!anak jantan mana hah?? sampai bila kau nak tutup perut kau tu!”jerit heliza sambil tangannya menunjal-nunjal dada farina.
Berdesing telinga farina mendengar cacian dari mulut heliza.tak tunggu sedetik,ringan sahaja tangannya menampar perempuan itu sekuat hati.kecil sahaja heliza di pandangan matanya ketika itu.
Heliza memegang pipinya yang terasa perit dengan penangan dari farina.zack terus menarik dan memeluknya.
‘Rina,apa kau dah buat ni.hilang akal ke apa!!kita dah takde pape..”bentak zack kasar.merah matanya mencerlung ke arah farina.
“kau diam!kenapa,kau nak bela perempuan tu?jantan tak guna,sial!kau…sama perempuan gila tu..pegi mampus lagi baik tau tak!jangan ingat kau boleh lepas..lepas kau dah musnahkan hidup aku,kau nak menggatal dengan betina ni pulak!”jerit farina sambil menumbuk dada zack.melihatkan perlakuan farina yang semakin agresif,Zara dan atikah terus memeluk dan menariknya keluar dari café.mereka cuba menenangkan farina yang ternyata seperti singa lapar.mulutnya riuh memaki hamun..terkial-kial tangannya mahu melepaskan diri dari pelukan zara dan tikah.
‘Dahla rina…zack tu memang jantan tak guna.kau tinggalkan aje dia.kau boleh dapat pakwe jauh lebih baik dari dia..”nasihat zara sambil mengusap belakang farina lembut.
“betul tu..”tingkah atika seraya mengangguk-nganggukkan kepalanya.Simpati dia melihatkan farina yang sudah termanggu seperti orang bodoh..
“korang takkan faham..kau tahu tak..aku dah mengandungkan anak zack.apa aku nak buat sekarang zara..tikah..’keluh farina.manik-manik jernih mula mengalir membasahi pipi gebunya.
“what!!sial punya jantan.jadi betullah apa si heliza tu cakap tadi...eiii...dah buat,tak mahu tanggung..’jerit zara sambil mengenggam penumbuk.geram betul dia dengan si zack.seperti mahu di tumbuk-tumbuk saja muka jantan keparat tu biar sampai jadi sambal belacan.
“aku dah buntu..camana aku nak hadapi benda ni sorang-sorang.zack dah tak nak kat aku.dia dah lupakan aku,tak mengaku ni anak dia.ikutkan hati,memang aku nak belasah lagi betina tu cukup-cukup.nak sembelih jantan tu hidup-hidup...sakit sangat hati aku ni tika..zara..’rintih farina
‘kami tau..tapi tindakan kau tadi takkan selesaikan masalah.sebaliknya makin memburukkan keadaan.memalukan diri kau sendiri.seperti menepuk air di dulang,akhirnya terpercik ke muka sendiri..’ujar atikah.mukanya juga sudah keruh memikirkan masalah yang sedang menimpa sahabat karibnya.
“ye rina,sekarang kau kena fikirkan cara yang lebih baik..dari apa yang aku nampak,jantan tak guna tu takkan bertanggung jawab atas apa yang dia dah buat dekat kau.
Farina meraup mukanya.sudah banyak kali dia mengeluh berat.sudah biol urat saraf kepalanya bekerja mencari jalan penyelesaian.
“habis..apa aku nak buat sekarang ni zara..tikah?aku betul-betul dah buntu.dah hilang akal.perut aku ni,makin hari..makin besar.mana aku nak sorok.kalau mak ayah aku tahu..mati aku..kenapa la malang sangat nasib aku ni..”
“I think u should abort this baby..”ujar zara perlahan.Antara yakin dan tidak dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya.
“What!!eh..kau gila ke zara.jangan nak merepeklah,berdosa tau tak.lagipun bahaya..boleh hilang nyawa..aku tak setuju.rina,jangan sesekali kau buat kerja gile tu”bangkang atikah.tegas sungguh dia dengan apa yang diperkatakannya.
“Opps..ok..sorry.aku cadangkan aje..ntahlah rina,time is running,we can’t stop it.sampai satu masa kau harus lakukan sesuatu pada kandungan kau tu.jangan sampai mak kau dapat tahu.mati kau nanti rina..’kata-katanya disambut kerlingan tajam dari atikah.
“Ye..mak aku tak boleh tahu hal ni..kalau tidak aku,dia yang mati sakit jantung nanti.”ujar farina perlahan.
“Entahlah  rina..benda dah jadi.Aku tak tahu nak cakap apa..kalau keadaan terdesak..mungkin kau patut bagitau mama kau.perkara ni serius..bukan main-main rina.Apa-apa jadi kat kau macam mana?..hmmm..aku rasa baik kau balik rumah dulu..rehat.tenangkan fikiran kau.nanti kita fikirkan apa yang boleh di buat untuk selesaikan masalah kau ni,k”
Farina terus memeluk zara.begitu juga atikah.erat sekali.
“thank girls.i really appreciate it.oklah..aku nak balik dulu.nanti kita jumpa lagi’ujar farina.terharu betul dia dengan keperihatinan sahabatnya itu.
‘ok..just take care.aku dan zara sentiasa bersama kau.susah senang kita,biarlah bersama.faham!”sela atikah sambil tersenyum
“dahlah rina.pegilah balik.drive elok-elok.hujan pun dah mula turun tu..”ujar zara pula.
Farina hanya mampu tersenyum.dia berlari-lari anak ke keretanya.hujan yang turun juga semakin lebat.

No comments:

Post a Comment