cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama
cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cintakan saudara
hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..
uhu.. sweet la lagu u.. apa tajuk nih? lirik dh diubah.. but somehow.. sweet la.. ;)
ReplyDeleteni lirik kerana cinta by inteam & mestica kan?
ReplyDelete